Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah menutup fungsi pautan pada status Facebook semalam, hari ini, Facebook membuka kembali fungsi tersebut kepada orang ramai. Ianya masih tidak diketahui mengapa Facebook menutup fungsi tersebut semalam, dan mungkin ianya kini kembali atas desakan para pengguna.
Semalam, segala pautan yang dikongsi melalui status adalah tidak boleh diklik, dan para pengguna terpaksa salin ianya semula ke bar alamat pelayar web untuk melayari sesuatu pautan yang dikongsi rakan-rakan mereka. Walaubagaimanapun, mungkin atas desakan para pengguna, Facebook telah mengaktifkan kembali fungsi pautan pada Facebook. Masih tiada sebarang berita rasmi dari pihak Facebook buat masa ini.
Tips dari Khai dan Becky. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aku syak facebook saje je nak bermanja-manja dengan para pengguna.. hahaha
wah facebook team pun pandai buat gurauan eh? (ha3)
aku rasa derang tengok reaksi pengguna juga. salah satu sebab facebook popular adalah dari blogger juga.
tgk blogger popular yg dulu xpernah join myspace & friendster pun ada join facebook (ha3)
mungkin fb tau ramai yang tak suka dengan apa dia buat tu!!
nasib baik.. huh
haha, pandai2 je korang ni. bagus2, kini aku tak perlu copy paste link yg korang bg. haha