06Nov

Fungsi Retweet Kini Di Uji Di Twitter

Web 2.0

Selepas memperkenalkan fungsi Twitter List beberapa hari sebelum ini, kini Twitter sekali lagi sedang mencuba fungsi baru pada laman mikro-blogging yang meningkat naik dari hari ke hari ini. Terkini, mereka sedang mencuba fungsi ReTweet pada segelintir pengguna yang terpilih sebelum diperkenalkan kepada umum.

ReTweet

Pada mulanya, fungsi ini diumumkan pada bulan Ogos yang lalu, yang mana dikenali sebagai Project Retweet. Melalui fungsi baru ini, ianya bakal membolehkan para pengguna menyalin kembali mesej rakan dan sebarkannya kepada umum dengan lebih mudah lagi, iaitu dengan hanya satu klik sahaja. Ianya seumpama fungsi Forward pada emel.

Menariknya, fungsi Retweet ini pada mulanya diperkenalkan oleh para penggunanya sendiri, sebelum beberapa aplikasi Twitter yang mula menyokong fungsi tersebut. Kini, ianya mendapat perhatian serius daripada pihak Twitter, dan ianya akan diperkenalkan kepada umum dalam masa terdekat ini.

Tweet hasil daripada Retweet ini akan memperlihatkan ikon khas bersebelahan dengannya, sekaligus membezakan ia daripada tweet biasa. Dibawahnya juga, ianya bakal memperlihatkan senarai pengguna yang turut sama telah tweet semula mesej berkenaan, serta anda juga akan diberikan pilihan untuk mengasingkan mesej berupa tweet semula ini daripada pandangan anda.


Muxlim Bakal Memperkenalkan Dunia Maya
Facebook Groups Di Beri Nafas Baru
WordPress 3.2 Sedia Untuk Digunakan
Nuffnang Mengumumkan Nuffnang Awards 2011 - Pencalonan Kini Dibuka
Dropbox Memperkenalkan Perkongsian Awam Pada Semua Folder Dan Dokumen

8 Komen

  1. Adney pada 06 Nov 2009

    kat acc aku da ade fungsi ni.. maknenye aku terpilih la yer? yeyyyy =0

  2. Jaws pada 06 Nov 2009

    hurm…
    baguslaa camtu..

  3. alone pada 06 Nov 2009

    bagus2 =D

  4. Fatin Pauzi pada 06 Nov 2009

    Buruknya tulisan mat salleh. sebab jari die orang sangat panjangkan? hehe. Saya selalu tertukar Revtweet dengan Retweet. Nama pun dekat2. :P

  5. EiNS pada 06 Nov 2009

    Eh twitter baru nak introduce ke? Aku dah lama RT kat twitterfox/echofon nih? ke kat web twitter blom ada lg fungsi RT nih?

  6. titan pada 07 Nov 2009

    hehe..biaasalah benda macam ni..

  7. maizul.com pada 07 Nov 2009

    Kalau dah ada butang khas lagi mudah. Tak payah la nak guna arahan RT @namauser lagi.

  8. Lia Qistina pada 07 Nov 2009

    kebaikan fungsi ReTweet ni, mendatangkan promosi secara viral pada sesuatu artikel blog, artikel laman web atau apa-apa saja maklumat yang “interesting”.

    Wow..laju Amanz cover cerita ni ya.. blog lain tak ada lagi keluarkan cerita ni dalam bahasa Melayu.

    -Qistina-


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader