19Nov

Fungsi Retweet Pada Twitter Tampak Menarik

Web 2.0

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya hari ini Twitter memperkenalkan fungsi retweet (tweet semula) pada semua penggunanya. Kini, bersebelahan dengan pautan balas (reply), anda akan melihat pautan baru iaitu Retweet. Ikon khas juga diperlihatkan bersebelahan dengan mesej yang di tweet semula itu.

retweet
Fungsi ReTweet

Pada masa yang sama, anda juga akan dapat melihat pengguna-pengguna yang tweet semula mesej tersebut dibahagian bawah mesej tersebut dipaparkan. Mesej yang ditweet semula juga tidak dapat dilihat pada timeline kita sendiri, melainkan pada halaman profail milik kita. Selain daripada itu, Facebook tidak mengenal-pasti mesej yang ditweet semula itu, dan tidak menariknya masuk ke profail Facebook kita, sekaligus memudahkan kita sekiranya hanya ingin berkongsi tweet pada Twitter sahaja.

Retweet
Fungsi ReTweet

Halaman khas untuk semua mesej yang ditweet semula juga disediakan oleh Twitter, memudahkan anda mengikuti sebarang perkara yang dikongsi oleh rakan-rakan anda. Ianya masih lagi belum diketahui bilakah fungsi ini akan diperkenalkan pada semua. Dan mungkin tidak lama lagi, semua aplikasi pihak ketiga akan mengitegrasikan fungsi ini untuk kegunaan semua.

retweetpage


AdZara - Media Pengiklanan Tempatan Yang Terbaru
Twitter Kelak Akan Membolehkan Tuntutan Lokasi
DrBook2U.com Bakal Dilancarkan Pada 2 Februari
Pra-Daftar Domain .my Jawi Akan Dibuka 24 Januari
Beta.my Dilancarkan - Memeriahkan Dunia Blog Teknologi Berbahasa Malaysia

5 Komen

  1. beliamuda pada 19 Nov 2009

    dah dapat guna dah fungsi ni awal pagi tadi.. tapi, dia still tulis BETA lagi..

  2. Azfarul pada 19 Nov 2009

    tak best la function neh…
    hope2 boleh edit Re-tweet kite..

  3. zuwairiaiman pada 19 Nov 2009

    wow

  4. izzat pada 19 Nov 2009

    satu je kekurangan dia, tak boleh edit retweet tu..kalau boleh edit, ok, cun.. :)

  5. blowie pada 20 Nov 2009

    wahh ade muko ambo laaa :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader