10Nov

Google Apps Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru

Google

Google kini sedang merekabentuk kembali laman-laman aplikasi dalam talian mereka, iaitu GMail, Google Docs, Google News dan sebagainya, yang mana ianya bakal menggunapakai rekabentuk yang lebih kurang sama seperti rekabentuk Google Wave. Selain daripada itu, rekabentuk halaman keputusan carian juga dijangka akan mengalami perubahan yang serupa.

GMail Wave
Antaramuka GMail Yang Bercirikan Google Wave

Melalui Engadget, mereka mendapat beberapa paparan antaramuka yang mana memperlihatkan rekabentuk baru GMail yang mana menyerupai lebih kurang sama seperti Google Wave. Sumber gambar dan imej tersebut juga memetika yang mana, tujuan utama Google adalah menyediakan pengalaman yang sama bagi kesemua aplikasi Google Apps, yang mana pada masa yang sama mengurangkan perbezaan antara pelayar web dan juga halaman web.

Google News Wave
Antaramuka Google News Yang Bercirikan Wave

Rekabentuk dan antaramuka yang dipertontonkan adalah menyerupai seperti Google Wave. Google memang diketahui umum sebagai organisasi yang mana memperkenalkan inovasi demi inovasi dari masa ke semasa pada laman web mereka. Buat masa ini, masih tiada berita rasmi daripada pihak Google berkaitan perkara ini.


Delicious Memperkenalkan Rekabentuk Baru
Beta Terbaru Chrome Makin Menarik dan Laju
Chrome 10 Membawakan Enjin Crankshaft
Pengguna Galaxy Tab Malaysia Menerima Kemaskini Gingerbread
Google TV 2.0 Membawakan Kemaskini Antaramuka Dan Sokongan Android Market

6 Komen

  1. milsum pada 10 Nov 2009

    smart….!
    jgn lmbat load sudey…hehe

  2. mazudi pada 10 Nov 2009

    Tukar lagi ker. Dah agak selesa dengan paparan Google Apps sekarang. Harap harap lebih user friendly.

  3. Fahmishah pada 10 Nov 2009

    Aku suka interface macam Google Wave.

    p/s: typo, bajal atau bakal?

  4. Lia Qistina pada 10 Nov 2009

    Amanz, ada typo yang salah, er atau saya tersalah baca?

    kat sini:

    “yang mana ianya bajal menggunapakai rekabentuk”

  5. od3n pada 10 Nov 2009

    bajal ke bujal haha

  6. mohdisa pada 11 Nov 2009

    menarik…best


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader