18Nov

Google Bakal Memperlihatkan Chrome OS Esok

Google

Selepas kedengara beberapa ura-ura yang mana Chrome OS bakal dilepaskan minggu ini, kini secara rasminya, Google mengadakan suatu acara khas di bangunannya esok, untuk memperlihatkan Chrome OS yang mana masih sedang dibangunkan lagi buat masa ini.

Google Chrome OS dijangka akan dilepaskan secara rasminya pada tahun hadapan. Google Chrome OS dibangunkan sebagai sistem operasi yang ringan khas untuk netbook dan akan membawakan pengalaman pelayaran web yang ringan dan pantas. Sistem operasi Chrome OS juga kelak akan diintegrasikan bersama-sama dengan pelbagai aplikasi berasaskan web yang dibangunkan oleh Google sendiri, seperti GMail, Google Docs, Google Calendar dan banyak lagi.

Sebelum ini, pelbagai antaramuka desktop yang diperlihatkan di web, dan tiada sebarang antaramuka yang disahkan oleh Google. Nampaknya, kini Google sudah siap sedia untuk memperlihatkan sistem operasi yang dibangunkan oleh mereka kepada umum. Sama-sama kita nantikannya esok.


Google Chrome 2.0.160.0 Di Perkenalkan
Microsoft Mula Memburu Pengguna XP Cetak Rompak
Infografik : Segalanya Tentang YouTube
Solve For X - Adakah Jawapan Kepada Google X Yang Dinantikan Selama Ini?
Aplikasi Currents Untuk iOS Kini Didatangkan Dengan Sokongan Paparan Retina

10 Komen

  1. paeh pada 18 Nov 2009

    xsabar aku nk tgk camne prestasi enjin dari google

  2. Fahmishah pada 18 Nov 2009

    itu dia. go on google. tinggalkan yahoo. hihih

  3. Musaab pada 18 Nov 2009

    Harap Bro Aman kita dapat post serba sedikit maklumat tentang Chrome OS esok :)
    Terima kasih atas info berguna

  4. affuan pada 18 Nov 2009

    Google tamak btol. Sumer nak. Haha.

  5. Anarm pada 18 Nov 2009

    camne nk apply keje kt google tu? kehkeh~

  6. Azree Hanifiah pada 18 Nov 2009

    Google memang best! Berfikir-fikir agaknya bagaimanalah syarikat lain hendak bersaing selepas ini. Semua yang Google buat memang sangat-sangat berkualiti dan berbaloi(kalau kena bayarlah)

  7. azwan pada 18 Nov 2009

    Kalau free dan berfungsi, ia akan masalah besar kepada Microsoft.

  8. mohdisa pada 19 Nov 2009

    wah, free ke ni? nak test gak. :)

  9. amin pada 19 Nov 2009

    kalau benda2 yang melibatkan ict ni melibatkan kos sedangkan ada alternatif lain yang murah dan FREE lagi, so ramailah user yg akan berebut2 nak yang alternatif tu.

  10. chokilala pada 20 Nov 2009

    hurm. xsabar nak tunggu. aku memang peminat setia pakcik google


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader