13Nov

Google Chrome OS Dalam Masa Seminggu?

Google

Walaupun tiada pengesahan daripada pihak Google, beberapa ura-ura hari ini mengatakan yang mana Google bakal melepaskan versi pembangunan pertama Google Chrome OS dalam masa seminggu lagi. Chrome OS merupakan sistem operasi yang dibangunkan oleh Google yang mana bakal menyerupai antaramuka pelayar web Chrome mereka.

gOS Cloud
Antarmuka gOS Cloud [via]

Buat masa ini, masih tidak disahkan secara rasmi oleh pihak Google, namun begitu, TechCrunch melaporkan yang mana mereka mendapat sumber berita tersebut daripada pihak yang boleh dipercayai. Sebelum ini, beberapa paparan antaramuka diperlihatkan oleh beberapa pihak mengatakan yang mana ianya merupakan Chrome OS, namun tiada sebarang paparan antaramuka yang datangnya secara terus daripada pihak Google.

Antaramuka Google Chrome OS?
Antaramuka Google Chrome OS Yang Masih Belum Di Sahkan

Chrome OS masih dinantikan oleh para pengguna komputer dunia, yang mana tidak sabar untuk melihat bagaimana sistem operasi daripada Google bakal kelihatan kelak. Sebelum ini, Google telah memperkenalkan Android yang mana kini menjadi pilihan ramai pembuat telefon bimbit pada masa kini.


Dunia Maya Versi Google
Chrome OS Akan Di Lancarkan Pertengahan Tahun 2011
Fungsi Mesra Skrin Sentuh Kini Pada Chrome OS
Google+ Dianggarkan Mempunyai Lebih 8.8 Juta Pengguna Buat Masa Ini
Google Memperkenalkan Antaramuka Baru YouTube Kepada Semua

6 Komen

  1. luth textile pada 13 Nov 2009

    aku sekarang nih memang pakai google chrome.. laju sedap..

    • aMaNz pada 13 Nov 2009

      nie, sistem operasi dia, bukan pelayar web. Chrome Operating System.

  2. Adney pada 13 Nov 2009

    Boleh tawu tak, adakah google menggunakan Linux sebagai tapak pembangunan atau 100% New Google OS bg yg ni?

    • aMaNz pada 13 Nov 2009

      ada yang cakap guna Linux, tapi dia guna enjin Chromium skali. Aku pun pening. Haha.

  3. Zik pada 14 Nov 2009

    mesti pihak google lakukan modifikasi yg hebat dari sumber asal.

  4. paeh pada 14 Nov 2009

    mesti OS dia lelaju je sume… hahaha… google kan mat laju…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader