• Google Memperlihatkan Chrome OS

    Seperti yang dinantikan ramai, hari ini Google telah pun memperlihatkan bagaimana Chrome OS kelihatan, dan beberapa fungsi asas pada Chrome OS. Walaubagaimanapun, para pengguna masih belum dapat mencubanya, atau memuat-turun sistem operasi daripada Google ini buat masa ini.

    ChromeOS - Boot
    Skrin Boot Google Chrome OS

    Walaupun tiada sebarang pelancaran ataupun beta untuk hari ini, Google telah pun melepaskan kod sumber bagi sistem operasi Chrome OS hari ini. Segala pembangunan Chrome OS adalah berasaskan pada pelayar web Chrome yang telah lebih setahun dibangunkan, dan kini digunakan oleh hampir 30 juta pengguna seluruh dunia. Dan perkara biasa yang kita dengar berkenaan dengan Chrome adalah pantas, dan inilah yang dititik-beratkan pada Chrome OS.

    ChromeOS - Google
    Pelayar Web Pada Chrome OS

    Chrome OS menumpukan pada tiga perkara penting, iaitu kelajuan, mudah dan ringkas serta sekuriti. Chrome OS amat pantas, yang mana membolehkan anda menggunakan pelayar web sebaik sahaja anda memulakan sistem operasi anda. Pada demo yang diperlihatkan, ianya mengambil masa lebih kurang 7 saat untuk ke skrin log masuk, dan 3 saat lagi untuk ke aplikasi. Menariknya, pihak pembangun Chrome OS masih dalam pembangunan, dan perkara ini dijangka lebih pantas pada versi akhir kelak.

    Pada Chrome OS, segala aplikasi yang digunakan adalah aplikasi berasaskan web, dan semua data adalah menggunakan konsep perkomputeran awam. Ini diperlihatkan melalui demo, dimana aplikasi Notepad dibuka dan diisi dengan sedikit info, dan seterusnya, apabila membuka Google Docs, fail tersebut telah disimpan disana secara automatik.

    Pada masa yang sama, Chrome OS bakal menjadi sistem operasi yang paling selamat, kerana tiada sebarang fail binary yang boleh dipasang, jadi ianya mungkin agak sukar untuk dicerobohi. Selain itu, model sekurit pada pelayar web turut diintegrasikan menjadikan Chrome OS lebih selamat.

    ChromeOS -App
    Pilihan Aplikasi Pada Chrome OS

    Chrome OS juga didatangkan bersama tab aplikasi,dimana pada menu aplikasi, anda boleh memilih aplikasi yang anda ingin gunakan daripada senarai aplikasi yang dipersembahkan. Selain daripada itu, anda juga boleh memainkan media seperti video dan muzik dengan mudah pada Google Chrome OS.

    ChromeOS - Fail
    Membuka Sesuatu Fail daari kamera dan SSD adalah Mudah Pada Chrome OS

    ChromeOS - Lagu
    Fail Lagu Di Mainkan Terus

    ChromeOS - Video
    Fail Video Di Mainkan Pada Chrome OS

    Selain itu, sekiranya anda memasukan sebarang SSD atau kamera, sebuah tetingkap baru akan muncul dengan senarai fail didalamnya. Seterusnya, anda boleh membuka fail didalamnya atau imej melalui pelayar web. Sekiranya anda mempunyai fail berbentuk Excel, ianya akan dibuka pada Office Online, dan sebaliknya, fail-fail lain akan dibuka melalui Google Docs.

    ChromeOS - Excel
    Excel Dibuka Pada Office Online

    Buat masa ini, Chrome OS masih belum sedia untuk dicuba atau dimuat-turun oleh para pengguna lagi. Ianya dijangka, komputer bersama Chrome OS akan berada dipasaran menjelang hujung tahun hadapan.

    Desktop Google Chrome
    Desktop Chrome OS Apabila Semua Di Minimize

16 Komen

  1. senok on 20 Nov 2009

    mmg mengujakan..khas utk org yang selalu online…tanpa internet, tiadalah nyawa bg Chrome OS…

  2. mohdisa on 20 Nov 2009

    hoho, mengujakan. ades, bila nak dilepaskan ni? hehe

  3. Musaab on 20 Nov 2009

    Terliur menanti

  4. ejam on 20 Nov 2009

    btol tu senok…OS ni sesuai utk negara yg berinternet pantas dan kencang, kat Malaysia cam tak sesuai jer…hehe
    melainkan ada disertakan fungsi offline jika tidak dpt online, kiranya sejurus lepas online jer baru save ke server office mereka..
    rasanya lepas ni akan ada netbook khas keluaran google pulak yg mana menggunakan OS mereka nie…
    apa yg bagus aku rasa dgn OS ni tak perlukan byk lesen utk 1 netbook/laptop/pc lagi coz dgn 1 OS sudah bleh guna byk benda…nak lagi best OS ni pun free lagi bertambah syg dgn google nie…hehe

  5. whiztech on 20 Nov 2009

    Berita sedih.. Chrome OS tidak boleh didownload.. hanya akan dibundle pada sistem yang menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh Google.. saya petik..

    Google said consumers won’t be able to download the operating system – it will only be available on hardware that meets Google’s specifications. Hard disks are banned, for instance, while Google said it will also specify factors such as screen sizes and display resolutions.

    sumber:
    http://www.pcpro.co.uk/news/353458/google-chrome-os-full-details-unveiled

    mungkin sebab market skarang google target untuk netbook.. tapi rasanya mesti ada orang buat port dari source yang google release.. huhu..

  6. Farid Zenon on 20 Nov 2009

    Selepas aku perati hampir semua tech blog yang menceritakan Chrome OS ulasan aku mudah:-

    “Chrome OS tak sesuai untuk pengguna malaysia” kenapa?

    Berapa speed kau melayari internet? aku ada bersembang sama mamat yang tinggal kat sana, laman web yang di click “complete loading” sebelum ianya di click, sangat pantas bukan? aku tak percaya padamulanya, selapas bertanya user disana semua soalan yang aku ajukan tetap sama jawapan.

    Jadi Chrome OS sangat-sangat sesuai untuk meraka yang selalu menggunakan product google (doc,youtube,etc), dan selalu surfweb, semua ini menggunakan internet connection.

    Apa-apa kita tunggu belanjawan tahun depan dilaksanakan.

  7. Adney on 20 Nov 2009

    sian bill gates.. satu lagi pesaing wujud… nangis la die..

    • a.halim on 21 Nov 2009

      yg nak nangis bukan bila gates.. tapi company yg buat hard disk..

  8. perawi on 20 Nov 2009

    “Jadi Chrome OS sangat-sangat sesuai untuk meraka yang selalu menggunakan product google (doc,youtube,etc), dan selalu surfweb, semua ini menggunakan internet connection.”

    memang betul kata cik Farid kita

    • Farid Zenon on 22 Nov 2009

      Macam aku cakap kita tunggu belanjawan tahun depan dilaksanakan, speed sampai 1gb beb, optik cable punya pukulan, suft web lagi laju dari copy file..

      Aku suka mencuba, tapi macam kata si a.halim dibawah. aku suka native app lagi buat masa sekarang ni.

      Lagi satu selamat sangat ka document kau di simpan di US/syarikat US? selamat di cilop aku rasa tak, aku tak katakan aku sebab aku bukan developer yang buat apa project tertutup/terbuka..

  9. safar on 21 Nov 2009

    Macam tu perangai Pak cik google.nak ringan tak berat.nanti tak ada pelawat.
    mesti ringkas.supaya senang nak cari.

  10. a.halim on 21 Nov 2009

    aku tak suka sbb takleh install native app

  11. Zairi Zaidi on 22 Nov 2009

    Eh, free ke?

  12. hasbulaqill on 05 Jan 2010

    xdek link download ke untuk os ni
    hohoh

  13. PinguSpy on 05 Jan 2010

    - kalau internet slow?? = kompom lag2 punye
    - kalau xder internet sesaje nk dgr lagu tgk movie?? = kompom xboley punye
    - simpan file dekat internet?? tiap kali nk edit = kena on internet dulu..
    - x bahaya ke simpan file dekat internet?? best quote – “the government can ninja our stuff”

    banyak kelemahan dari kelebihan……
    hwherrrrrrrrrrr


Trackbacks/Pingbacks

  1. Chrome OS Akan Gagal Dengan Jalur Lebar Yang Lemah - LinuxMalaya

Tinggalkan Komen Anda