Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Google Translate hari ini memperkenalkan rekabentuk yang serba baru dengan beberapa fungsi menarik yang mana memudahkan pengguna menggunakan fungsi terjemahan yang disediakan oleh Google. Salah satu perkara baru ialah, kini anda tidak lagi perlu klik sebarang butang untuk menterjemahkan artikel anda kerana ianya kini diterjemah secara automatik ketika anda sedang taip.

Antaramuka Google Translate Baru
Anda juga kini boleh dengarkan bagaimana sesuatu perkataan itu disebut. Walaubagaimanapun, fungsi audio hanya diaktifkan untuk terjemahan English. Selain daripada itu, untuk terjemahan bahasa Cina, ianya turut memperlihatkan cara sebutan untuk perkataan itu.
Dengan fungsi-fungsi baru ini, pembelajaran bahasa asing kini dijadikan lebih mudah. Walaubagaimanapun, sedikit terjemahan kadang-kala tidak membawakan maksud sebenar terjemahan, dan untuk menambah baiknya, anda boleh menyumbang tenaga anda dengan membetulkan terjemahan tersebut.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
die cam xdpt translate kacak aje… hohoho… aman die translate secure… haha
Tak menahan sungguh ayat yang di’translate’ itu.. uhuhu.. securefirdaus.. hahaha.. secureheaven?
memang direct translation betol….
aman kacak- secure kacak….. memang tak menahan betol bak kata khai…
baru je terguna tadi… ingatkan page load bengong ke apa.. boleh tahan gak…
cicak aman? hahahaahaa
haha…bagus2 google ni. tp aku lebih suka menggunakan citcat.com
lagi sekali die nih… da 3 dah
Mesti ke Aman Kacak? Hua Hua Hua
maybe we’ll bridge the language barrier
hemm…memg x munasabah la ayat dia….