• Hampir 3 Kali Ganda Jualan Win 7 Berbanding Vista

    Windows Vista yang dikatakan ramai sebagai produk yang gagal, kini ditambah lagi dengan suatu fakta baru, apabila jualan Windows 7 adalah melebihi Windows Vista sebanyak 234%, yang mana memperlihatkan jualan Windows 7 adalah hampir tiga kali ganda berbanding Vista, dalam beberapa hari sahaja ianya dilancarkan.

    Walaubagaimanapun, angka tersebut adalah berdasarkan pasaran Amerika Syarikat dan bukannya Malaysia. Keluaran sistem operasi Windows yang baru ini juga telah mempertingkatkan jualan Windows PC, iaitu meningkat hampir 95% ketika beberapa hari sebelum Windows 7 dikeluarkan. Pada masa yang sama, jualan PC dengan sistem operasi XP dan Vista masih tinggi, iaitu hampir 20% jualan daripada keseluruhan PC ketika pelancaran Windows 7, berbanding hanya 6% ketika Vista dilancarkan.

    Windows 7 yang baru-baru ini dilancarkan di Lowyat bakal dijual dengan harga promosi pada 7 November, pada pukul 7 petang. Sistem operasi Windows 7 ini bersaing secara sihat dengan penjual sistem operasi yang lain, seperti Mac OS X, serta sistem operasi sumber terbuka seperti Ubuntu 9.10.

8 Komen

  1. Adney on 06 Nov 2009

    mahal la pulak… hurmm

  2. TMUkmkd on 06 Nov 2009

    disebabkan win 7 membuka mata pengguna bahawa dia berbeza daripada vista. sebab itu lebih ramai berani berpindah daripada xp ke win 7 dan dari vista ke win 7. ada baik buruknya.

    jika win 7 tidak berjaya membawa impak, maka windows seterusnya semakin sukar. jika berjaya maka windows berada di landasannya yang boleh dikatakan selamat.

  3. Jaws on 06 Nov 2009

    hurm…
    kalo bill gates jual lagi murah..
    dalam rm50 seunit aku rasa jualan die leh cecah 30 kali ganda lebih byk dari vista..
    tapi apakan daya, perkara ini pasti tidak akan berlaku..

  4. safar on 06 Nov 2009

    Di Amerika sahaja meletup.penjualan tempatan
    belum tentu meletup.harganya mahal.bagaimana nak
    beli ni.

  5. Lia Qistina on 07 Nov 2009

    Wow.. tinggi tu ..

    sekarang ni dah banyak kampeni pengeluar komputer bereksperimen dengan Windows 7 untuk dimuatkan dalam netbook bersaiz kecil.

    Dell Adamo XPS dah dilancakan secara rasmi, menggunakan Windows 7 64-bit. Mungkin, Windows 7 akan ada masa depan yang cerah berbanding Vista.

    Hmm…macam pernah baca statistik tu, tapi lupa di mana ya..

  6. Khai on 07 Nov 2009

    malaysia x kan meletop punyee… semua pakai pirate… hehehe

  7. Lanun on 08 Nov 2009

    Donload la pirate punya..dlm tenet pun berlambak ramai uploader yg baek ati..apsal ssh pk nak beli..guna akai la.ori pirate same je.bkn nak pkai 20 thn.


Tinggalkan Komen Anda