Iklan P1 Wimax Di Bincangkan Di Parlimen
Iklan jalur lebar P1 Wimax yang menimbulkan kontroversi yang mana menekankan perkataan “Potong” semalam telah dibincang di Parlimen, dan iklan tersebut akan melalui suatu proses penilaian yang mana akan dinilai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Iklan yang menggunakan perkataan “Potong” membawa maksud menyuruh para pengguna menghentikan penggunaan jalur lebar berwayar iaitu Streamyx dan Maxis Wired Broadband, dan sebaliknya menggunakan khidmat jalur lebar tanpa wayar yang disediakan oleh syarikat mereka. Namun begitu, beberapa pihak mendakwa perkataan “Potong” tersebut menjadi simbolik kepada berkhatan dan tidak sesuai untuk digunakan dalam iklan.
Selain daripada P1 Wimax, TM Streamyx turut sama menggunakan perkataan “Potong” dalam iklan radio mereka, namun masih tiada sebarang berita berkenaan yang mana ianya akan melalui proses penilaian oleh SKMM.
22 Komen
Selain iklan “potong”, iklan AirAsia pun sama. Tayang punggung. Tambang murah, maruah pun murah.
iklan dah keluar… satu rakyat malaysia dah tahu… semua dah sebut potong potong.. baru sibuk nak bincang tapis bagai.. mangkok ayun sungguh..
Tuan punya blog ni da sunat ke belom? Eh silap, potong. XD
kecoh je. semua orang tau kot ape maksud tersurat dan tersirat iklan tu.
dumb. cmni eh cara msia? publish to public then baru bincang =.=
cara malaysia, tunggu dan lihat, pastu bincang..hoho…kontroversi je lebih..kualiti tak de nye nak baiki..takat tu jugak..
Takkan ada pihak terasa kot ngan iklan nie…faham2 la pihak mana tue…pihak tu memang link baik punya ngan gomen…hehe…aku cuma bagi andaian je ok…
takkan iklan cm2 pun nk kontroversi kot?paham2 sudah maksud di sebalik potong tu. kolot btl pemikiran diorg ni. bgs pe iklan lain dr yg lain..bru nmpk skit rkyat malaysia ni think outside the box..hehe
uiks, kenapa sebelum ini tidak ditapis dahulu? dah tayang baru nak kecoh. apa la. budus.
huhu..xde perasaan pon..xkan la xpaham potong tu maksudnye ape..kecoh lebey
hahaha..
tapi ia mempengaruhi kanak kanak.. adik ipar pompuan aku yang kecik skali . bila kuar jer iklan tu .. bila ditanya.. dia cakap potong “tuttttttttttt”.. tak ke mengong tu ..
Biasanya new comer dalam sesuatu industri akan promosi produk mereka tanpa menggunakan pendekatan “declare war”. Melalui perkataan potong, w1max mendapat perhatian kerana cara promosi mereka untuk mendapat free wiggy contohnya mestilah disertakan dengan bil langganan samada streamyx atau sebagainya. Ini secara tidak langsung mengurangkan bilangan pelanggan sedia ada tm,maxis dan sebagainya. Andaikata mereka tidak menggunakan perkataan potong atau pendekatan potong, promosi mereka adalah sama seperti penyedia broadband yang lain yang mana mereka akan menghabiskan wang dalam promosi tanpa mendapat perhatian.
Bagi sesebuah syarikat yang stabil tetapi mampu “digoncangkan” oleh syarikat baru semestinya mereka akan melatah. Ini boleh dilihat dengan “serangan balas” yang dilancarkan. Kesan terhadap pelanggan, kita akan menikmati servis yang lebih elok pada masa akan datang sekiranya ada persaingan di samping harga yang mampu milik.
Penutup: Potong ke tak potong, pokok pangkalnya, tetap TM juga punya line
hahah.
btol2.TM punye line gak.zzz
aku pun x paham, sebelum nak kuar xnk tapis dulu, da kuar baru kecoh..lawan2 pun tapi bawah satu bumbung juga huhuhuhu
pikir la mana yang patut
sebut “potong” je ingat tue.. tue lah orang Malaysia IQ rendah sebab malas nak membaca & menimba ilmu..
Orang yang berfikiran besar, akan bercakap tentang ilmu.
Orang yang berfikiran sederhana, akan bercakap tentang peristiwa.
Orang yang berfikiran rendah, akan bercakap tentang orang lain.
Orang yang berfikiran cetek, akan bercakap tentang diri sendiriā¦
kamu yang pikir benda tu…jadi kamulah yang otak kuning…
Perlu ke perkataan “potong” diharamkan terus dari keluar dari mana2 iklan? Apa salah perkataan potong tu. Bagi saya, potong tak bermaksud tak baik, tapi pemikiran kita yang mengaitkan potong dengan sesuatu yang tak baik.
Sesiapa yang fikirkan perkataan potong tu sesuatu yang tak baik tu lah sebenarnya yang tak baik sebab berfikiran macam tu.
Kes ini sama macam batang, bulat, panjang, besar, dsb. Kalau dalam fikiran korang fikirkan perkataan tu tak baik, memang sahlah pemikiran korang perlu dibersihkan. Peace
patut aku pikir pelik pun..hahaha..jgn mara ha wafiq…
tak open minded…full stop!
that malaysia government thhinking..
naz rasa kalau ada unsur2 bercampur baur dengan lucah, memang cepat popular banyak. isk isk….
la….nape lak nak tapis…
xde nmpk ape yg lucah ke ape ke…
besa la tu…
kalo khatan pon ape slh nye..
mmg wajib potong~ (bace: wajib khatan)
Eh, iklan ni best apa
Unik, pandai cari peluang.
Aku rasa, org parlimen tu support Streamyx lah.
Tahulah Streamyx makin lama makin hancur.
Pastu, timbulkan kontroversi, tak patut =.=
Blog Teknologi & Peribadi
http://arib2020.blogspot.com
kini jumpalah kita…dgn iklan paling bodoh untuk tahun 2009 iklan sarat mengunakan perkataan “potong”…