20Nov

Ikuti Pengumuman Chrome OS Melalui Webcast

Google

Seperti yang dikatakan semalam, Google bakal memperkenalkan sistem operasi mereka hari ini. Dan menariknya, bagi yang tidak berkesempatan untuk ke acara tersebut, anda boleh mengikutinya melalui web. Melalui webcast khas ini, Google akan memperlihatkan Google Chrome OS mereka kepada umum.

ChromeOS Webcast

Google akan memperlihatkan pembangunan Chrome OS sehingga hari ini, teknologi yang digunakan, dan pelan pembangunan untuk Chrome OS sepanjang tahun hadapan. Ianya dibawakan secara langsung oleh Google membolehkan para pengguna mengikuti pelancarannya dari segala pelusuk dunia. Siaran langsung ini akan diadakan pada pukul 2.00 pagi waktu tempatan.

Chrome OS adalah sistem operasi ringan daripada Google yang mana akan banyak menggunakan perkomputeran awan untuk menjalankan kebanyakkan aplikasinya, seperti Google Docs, GMail dan banyak lagi. Ianya telah diumumkan oleh Google pada bulan Julai yang lalu, dimana ramai rakan kerjasama yang telah diumumkan pada masa yang sama.


Google Menyambut 2010 Dengan Cara Tersendiri
Google Me Bakal Utamakan Permainan Sosial
Garmin Mengambil-Alih Pembangun Aplikasi Dan Peranti GPS - Navigon
Google Memperkenalkan Bandar Rome Dalam Bentuk 3D
Kini, Lebih 850,000 Peranti Android Diaktifkan Setiap Hari Diseluruh Dunia

4 Komen

  1. impiety pada 20 Nov 2009

    best bset

  2. mytshirt2u.com pada 20 Nov 2009

    mcm seronok,tp device dependent plak,jgn ckp dia nk buat mcm MACOSX…

  3. impiety pada 20 Nov 2009

    bile nak kuar ni…….. goole chorome mmg superb ar mmg laju , terpantas lg laju pada opera 10,firefox,safari.ie, cepat ar kuar

  4. safar pada 21 Nov 2009

    Semuanya melalui webcast merekalah.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader