10Nov

Kabel Sepanjang 20,000 km Sedia Di Gunakan

Lain-lain

Hari ini, Telekom Malaysia mengumumkan yang mana kabel bawah tanah sepanjang 20,000 km yang menghubungkan Asia Tenggara dengan Amerika Syarikat sudah siap sedia untuk digunakan. Beberapa ujian telah pun dilakukan pada kabel tersebut yang mana menyokong kelajuan sehingga 500 gigabit per saat.

Sistem kabel bawah tanah ini menghubungkan lebih 10 lokasi pada 8 negara iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Brunei, Hong Kong, dan juga Filipina dan menghubungkannya dengan Amerika Syarikat, iaitu di Guam, Hawaii dan juga California.

Selain menyediakan sokongan bandwith tambahan, iaitu sehingga 2TB per saat, kabel ini juga menyediakan sambungan yang lebih selamat ke benua Amerika. Ianya direka untuk tidak melalui tempat-tempat yang berisiko tinggi seperti gempa bumi dan tsunami, yang selalunya memusnahkan kabel bawah tanah.

Pada masa yang sama, Telekom Malaysia juga sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan internet berkelajuan tinggi di bandar-bandar terpilih menjelang hujung tahun ini, sebagai salah satu langkah untuk menepati Belanjawan 2010 yang dibentangkan baru-baru ini.


Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards Kembali Untuk Tahun 2011
Astro Byond IPTV Mungkin Diperkenalkan Bersama ISP Lain?
Sedikit Kemaskini Berkaitan AmanzNetwork.com
#BorakGajet - Podcast Membincangkan Dunia ICT Oleh Asri Al-Baker
Echelon Satellite 2012 Tiada Di Malaysia, Kenapa?

18 Komen

  1. BerLioS pada 10 Nov 2009

    aman, aku pny la pelik td bc “Kebal Sepanjang….” rupenye kabel… haha g edit balik tajuk tu..

    • aMaNz pada 10 Nov 2009

      wokey2. dah betulkan. ngee~

  2. mrkay pada 10 Nov 2009

    kebal ke kabel bang? title kebal, isi nya kabel.. aku igt kereta kebal tadi.. hehehe

  3. hydir pada 10 Nov 2009

    tunggu je le ..
    kalo dapt konsisten 1mbps takpe le jugak
    jgn asyik terputus2 aja nanti ..

  4. Roslan Nazri pada 10 Nov 2009

    haha kete kebal sepanjang 20ribu km..waaaaaaa..kidding..

    em kan best berokband pun leh camtu..cam citer cybercop..amik kabel cucuk terus kat lappy leh on9..kah3…terok tul aku pikir..ni kes ko mengelamun la nih..haha

  5. od3n pada 10 Nov 2009

    saya org kebal haha :) )

  6. EiNS pada 10 Nov 2009

    Kabel apa dia pakai? copper atau fiber optic?

    • Khai pada 10 Nov 2009

      aku nengok perbincangan malam tadi, dia kata fiber optic..

  7. Khai pada 10 Nov 2009

    Serious x sabar.. Sebenarnya dapat 3.2mbps pun dah cukup alhamdulillah.. Tinggal nak bagi stabil tu je x dapat2… kejap laju kejap lembap… sabar je la..

    nasib w1max slalu kasi rebat… syg w1max lebih.. kui2..

  8. mytshirt2u.com pada 10 Nov 2009

    wah menari r cmnie,minggu ni nk kasik try 4mb screamyx tu cemana..

  9. Xun Exnano pada 10 Nov 2009

    hehe. untuk pengetahuan korang, mesti diorang rujuk Senior2 aku, a.k.a. Geologist untuk letak cable tu kat mana!!

    lepas tu, kami suruh bayar 300,000 USD untuk setiap sorang. lalala!

    note:
    Ok, aku tipu, xde la semahal tu charge kami :P

  10. Lia Qistina pada 10 Nov 2009

    wow! maknanya lien internet di Malaysia akan semakin laju!

  11. jaki pada 10 Nov 2009

    internet makin laju. harga harap2 nya akan makin turun ler…huhu… :-)

  12. mohdisa pada 11 Nov 2009

    semoga internet di Malaysia makin laju dan pantas. :)

  13. Kimie pada 11 Nov 2009

    Asalkan dapat keneksi stabil 1mbps pun dah cukup bagus… itu jerlah harapan sekarang nih…

  14. kopiah pada 12 Nov 2009

    Harapan kepada kelajuan internet yang stabil dan laju.
    penyedia internet sekarang ini lebih kurang sama je perkhidmatan.
    patutlah ada agensi luar yang was-was dgn kelajuan internet kita.
    Mungkin sebab persaingan yg hebat, Telekom mengorak langkah.
    Just Do It

  15. Omar pada 15 Dec 2009

    Mesti lepas ni talian internet cam pakej murah-murah akan diturunkan harga lagi kan….tapi lambat lagi HSBB ni..2-3 thn lagi..

  16. Wan PERLIS pada 30 Dec 2009

    2-3 tahun lagi perlu menunggu.
    harap pakej boleh dapat yg terbaik
    4mbps = rm60
    cun lah


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader