• Kelajuan Sebagai Faktor Kedudukan Di Hasil Carian Google?

    Jika sebelum ini, Google mengambil kira faktor kandungan dan pautan masuk sebagai faktor-faktor dalam menentukan kedudukan sesuatu laman web pada hasil carian, perkara ini bakal berubah pada tahun hadapan. Ini kerana, kini, Google dalam perancangan untuk mengambil kira faktor kelajuan sesuatu laman web dalam menentukan kedudukan.

    Google sendiri sentiasa mementingkan kelajuan. Pelayar web mereka sering dipertingkatkan untuk membawakan prestasi dan kelajuan dalam pelayar laman web. Selain daripada itu, Google juga turut sama sedang bereksperimen dengan bahasa pengaturcaraan baru, selain memperkenalkan protokol terbaru mereka yang dikenali sebagai SPDY, untuk mengantikan HTML.

    Buat masa ini, ianya masih lagi dalam perancangan pihak Google, dan mungkin mulai tahun hadapan, faktor kelajuan sesuatu laman web itu turut akan diambil kira sebagai salah satu faktor dalam menentukan kedudukan sesuatu laman web itu dalam kedudukan enjin carian.

8 Komen

  1. paeh on 14 Nov 2009

    cam susah woo nak guna faktor tuu… almost semua web skang lelaju… camne dorg kire ntah…

    • aMaNz on 14 Nov 2009

      sekarang nie, milisaat pun diorang amik kira. kita memang takkan nampak. Huhu.

  2. Adney on 14 Nov 2009

    mungkin web2 yg heavy berat giler ngan gambar2 akan di drop.. haha..

  3. emptyspace on 14 Nov 2009

    haha.. habis la website yg hosted kat Malaysia, kan ade traffic shaping

    • Khai on 14 Nov 2009

      Betul tu.. baru nak komen menda yg sama. Lagi pun, kalau diorahg check dari US, no wonder web hosted kat Malaysia ni lembap cam siput sedut. Ini tidak adil dan x praktikal langsung.

  4. zool on 14 Nov 2009

    masak camni.. Kalau server lembab memang pening le camni

  5. ijamidayu on 16 Nov 2009

    Ada pro n con semua nie.. apa pun, kita menjadi yang terbaik dan cuba terbaik..


Trackbacks/Pingbacks

  1. Celoteh Saya Mengenai Sistem Kedai Online NiagaKit v2 ;) — CMS

Tinggalkan Komen Anda