06Nov

Khidmat Sewa DVD dan BluRay Secara Online Dari BMG

Lain-lain, Web 2.0

Budaya menyewa DVD dan sebagainya secara dalam talian masih lagi baru di Malaysia. Terkini, sebuah servis baru yang dikenali sebagai Black Mango Games menyediakan kemudahan untuk para pengguna tempatan menyewa filem Blu-Ray serta permainan PlayStation 3 dengan mudah melalui dalam talian.

Servis Black Mango Games ini dimulakan oleh Ben Chan, seorang pemain videogame dan pengemar filem yang mana telah memulakan servis ini sejak tahun 2007 lagi. Pada ketika itu, beliau hanya mengiklankan servis berkenaan pada laman LowYat sahaja, dan kini telah membesarkan servis beliau dengan menyediakan halaman web yang tersendiri.

Menariknya, melalui pakej yang ditawarkan, anda hanya perlu membayar RM50 sebulan, dan melaluinya, anda boleh meminjam permainan PlayStation 3 dan filem dan memegangnya seberapa lama yang anda inginkan. Walaubagaimanapun, hanya satu DVD atau BluRay Disk sahaja dibenarkan pada sesuatu masa.

Permainan atau filem pilihan anda itu kelak akan dihantarkan kepada anda secara pos atau oleh Chan sendiri berdasarkan kepada lokasi tempat tinggal anda.


Twitter Memperkenalkan Rekabentuk Laman Baru
Flock Di Ambil-Alih Oleh Zynga
Google Dan Facebook Inginkan Skype?
Instagram Kini Mempunyai Lebih 4.25 Juta Pengguna
Dropbox.com Kini Membawakan Sokongan Drag-Dan-Drop

9 Komen

  1. Mohd Ismail pada 06 Nov 2009

    aku ingat BMG Music tadi :) nice concept.. kalo kembang betul2 leh jadi GameFly

    • Aman Gajet pada 06 Nov 2009

      Hehe. Nak tulis penuh kat title, tak cukup ruang lak. Ngee~

    • xflixz pada 07 Nov 2009

      tawu xpe..aku pun igt BMG music tadi..igtkan BMG music kasi pinjam DVD movie blueray ke..huhuhu..teringat masa zaman2 pakai tape dulu..kan tape tu mahal..

  2. od3n pada 06 Nov 2009

    sejak bile bmg hire gamers lak aha

  3. safar pada 06 Nov 2009

    BMG ni sekutu dengan Sony ke.sebab Ps3 yang diberi sewa.

  4. mohdisa pada 06 Nov 2009

    huhu, nak menyewa ke? cam best jerk. hehe

  5. Lia Qistina pada 07 Nov 2009

    Kesan sampingannya, akan memudahkan pengguna meng”kopi” kandungan DVD dan BluRay tu sesuka hati untuk koleksi peribadi.

  6. chokilala pada 08 Nov 2009

    wah aku suka la. nak pinjam game ps3 yang pompuan sikit. abg aku asek beli tembak2 la, gaduh2 la, strategi. hehe

  7. Hantu Siang2 pada 15 Dec 2009

    apada mhl giler la….
    cap taik kucing cicak kubing ptuih…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader