14Nov

Kini, Bit.ly Menyediakan Rumusan Data Statistik

Web 2.0

Sejak Twitter memilih Bit.ly menjadi penyedia pemendek URL utama untuk laman mereka, Bit.ly terus maju sedikit demi sedikit. Salah satu kegemeran pengguna pada Bit.ly adalah kerana ianya menyediakan statistik semasa, dan terkini, Bit.ly menyediakan fungsi ringkasan klik pautan untuk para pengguna.

Untuk sekian lama, para pengguna meminta Bit.ly menyediakan ringkasan data atau rumusan bagi klik yang diterima oleh pautan yang mereka pendekan itu, dan hari ini, perkara itu menjadi kenyataan apabila Bit.ly menyediakan fungsi tersebut. Kini, para pengguna boleh melihat rumusan data pautan Bit.ly mereka.

Kini, pada setiap halaman data Bit.ly, anda akan dapat melihat sebuah carta ringkas yang mana memperlihatkan klik yang anda dapat untuk seminggu, beserta dengan jumlah klik yang anda telah terima, serta data-data lain seperti dari mana pengguna datang melawat, dan halaman yang merujuk kepada pautan anda.

Selain daripada Bit.ly, anda juga boleh menggunakan khidmat pemendek URL tempatan yang dibangunkan oleh NetizenMedia, iaitu XS.my.


FB : Lebih Kawalan Untuk Info Yang Di Kongsi
FongFeiKei Berjaya Mendapatkan Klien Pertama Mereka
Where Got Parking Bakal Memudahkan Pencarian Lokasi Meletak Kenderaan Di Pulau Pinang
Bukuku - Jual-Beli Buku Teks Di Universiti Kini Lebih Mudah Dan Pantas
Sokongan Cover Photo Pada Facebook Groups Diperkenalkan Kepada Lebih Ramai

3 Komen

  1. finalcross pada 15 Nov 2009

    bit.ly adalah pemendek URL yang paling aku gemari setakat ini. yoshhh

  2. mohdisa pada 15 Nov 2009

    betul tu, setakat ni aku makin banyak menggunakan bit.ly untuk memendekkan url.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader