12Nov

Kini, Facebook Merupakan Laman Paling Popular di Malaysia

Web 2.0

Laman sosial banyak mengubah kehidupan harian kita. Daripada dulunya ramai yang menggunakan Friendster dan MySpace, sehinggalah kini, ramai beralih kepada Facebook. Menariknya, kini Facebook merupakan laman yang paling tinggi kunjungannya di Malaysia, meninggalkan Yahoo! dan juga Google.

facebook malaysia

Sebelum ini, Facebook menduduki tangga ke-dua, dan baru-baru ini, ianya menjadi laman web yang paling dikunjungi oleh rakyat Malaysia, meninggalkan laman-laman sosial yang lain seperti Friendster dan juga MySpace, iaitu masing-masing pada tangga ke-9 dan juga 11.

Beberapa perkara telah menyumbang kepada perkara ini, dan diantaranya adalah fungsi kemaskini secara SMS dan sebagainya. Maxis dan Celcom masing-masing membolehkan para pengguna menerima dan membuat kemaskini status mereka di Facebook secara terus melalui SMS, yang mana tidak ditawarkan oleh laman sosial yang lain.

Pada masa yang sama, Facebook juga menawarkan aplikasi tambahan seperti permainan dan kuiz, membuatkan para pengguna tertarik dan menghabiskan lebih masa di laman berkenaan. Facebook juga baru-baru ini mengumumkan yang mana laman mereka kini telah mempunyai seramai 325 juta pengguna.


Daftar Profail Yahoo! Anda Sekarang
Facebook Memiliki FriendFeed Untuk $50 Juta
WordPress 3.0 Beta 1 Sedia Di Uji
Lebih 14.7% Daripada Laman Web Di Internet Menggunakan WordPress
Profil Faces.my Turut Akan Menyertakan Halaman Portfolio Terbina

14 Komen

  1. stammofa pada 12 Nov 2009

    tak berapa nak layan dah sosial network nih.. org dok gila FB skang nih, bagi aku, FB tuh cara org tua nak berlagak muda dan juga nak test glamer.. pehal pon, itu masing-masing punya pendapat..

  2. Roslan Nazri pada 12 Nov 2009

    huhu tahniah..but still beware ye ngan fb ni..jgn taksub sgt..huhu

  3. Eriyza pada 12 Nov 2009

    Baru je daptar FB semlm.
    Cam x best jer. Huhuhu!!!

    • Adney pada 12 Nov 2009

      x best sebab x dek kawan lagi.. try la add dalam 10 org.. nanti da biak sikit best la.. hehe

  4. Daus pada 12 Nov 2009

    dah lama dah berkepit dgn FB, tp lepas baca sebuah blog OH! pasal org Yahudi guna Facebook utk menentang Palestin, aku slow² berhenti menggunakan FB.

  5. Dr House pada 12 Nov 2009

    Jom main Mafiawrs.

  6. mohdisa pada 12 Nov 2009

    wah, makin majulah fb di malaysia ni yerk. :P

  7. aktechpage.com pada 12 Nov 2009

    Huhuhuh…hampir kesemua staff kt sykt aku pun menggunakan FB…tokey kompeni pun yg sblm ni x pernah ade akaun social network, pun ada jugak FB….demam FB melanda tempat kerja aku daa…

  8. syinrayafa pada 12 Nov 2009

    hahaa…pakcik google pun kalah…

    skang ni semua web ada fungsi connect via facebook…tu yg feymes tu….

    antara web yg termasuk;
    1) alexa
    2) dailymotion
    3) digg

    dan lain2 lagi….haha..

  9. AK pada 12 Nov 2009

    abg aku deactivate terus akaun FB dyer coz dpt tahu ttg propaganda Israel melalui FB nie

  10. green pada 12 Nov 2009

    no wonder..bdak2 kat sini ada gap 5 minit b4 kelas pun sempat bkk fb.
    nak tgok sayur, ikan, pe jadah sme..;)

    • razfira pada 13 Nov 2009

      yup…farmville..addicted!bahaye sbenanye fb nih

  11. Adney pada 12 Nov 2009

    Sumber rujukan yg boleyh di ambil sebagai rujukan.. untuk mengurai kekusutan mengenai facebook & yahudi..

    http://icewink.com/forum/isu-berkaitan-facebook-dan-yahudi-mari-baca-t33.html

  12. Hamimah pada 26 Jul 2011

    FB boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran jika pandai caranya……


Tinggalkan Komen Anda