08Nov

Kini Lebih 325 Juta Pengguna Di Facebook

Web 2.0

Jikalau laman sosial yang tua seperti MySpace dan Friendster sedang kehilangan pengguna, Facebook terus menjadi pilihan utama para pengguna internet seluruh dunia. Kini, secara rasminya, Facebook telah pun mencapai lebih 325 juta pengguna yang menggunakan laman mereka, dan dijangka akan mencapai 500 juta menjelang bulan Mei tahun hadapan.

Buat masa ini, Facebook dan Twitter menjadi laman sosial kegemaran ramai, dan lebih ramai gemar menggunakan Facebook berbanding Twitter. Selain daripada itu, permainan dan aplikasi tambahan yang disediakan oleh Facebook turut menarik minat para pengguna, dan kini beberapa laman lain mengikuti mereka dalam menyediakan aplikasi tambahan untuk para pengguna.

Di Malaysia sahaja, Maxis dan Celcom sendiri memberikan sokongan untuk laman Facebook, dengan menyediakan khidmat dimana para pengguna boleh mendapatkan kemaskini secara terus ke telefon bimbit mereka dengan mudah. Kini, Facebook telah menjadi halaman kedua yang paling banyak dilawati di Malaysia, hanya dibelakang laman Yahoo!.


Replies Di Twitter Kini Di Namakan Mentions
Nizar Antara 10 Topik Terhangat Di Twitter
Halaman Facebook Linda Onn Dan Heliza Helmi Turut Diceroboh
RTM Menyiarkan Belanjawan 2012 Melalui Web - Turut Menyokong Peranti iOS
Aplikasi Wikipedia Untuk Android Yang Rasmi Kini Boleh Didapati Daripada Market

17 Komen

  1. Roslan Nazri pada 08 Nov 2009

    aku admit note kat atas ni..huuu

    btw lawa design baru amanz..

  2. Fazreen pada 08 Nov 2009

    First time aku komen kt sini rasanye sbb aku suka arrangement layout yg baru ni.

  3. amoi pada 08 Nov 2009

    mmg agak fames fb sejak akhir2 neh.hoho. kalau dulu masa aku memula buat ac fb mmg tak ramai yg tahu jadahnya fb tu but now tak yah terangkan fb dari A sampai Z mesti dorang dh tahu.haha.

  4. me pada 08 Nov 2009

    dlu ex ak heboh nk delete akaun fb..ak yg watkn..haha..
    skang ni die lak lelebeh pkai fb..sengal2..

  5. Dota pada 08 Nov 2009

    Actually saya memang dah jangka nama Facebook akan naik semenjak saya register beberapa tahun yang lepas. Ketika itu Facebook belum open kepada public lagi dan hanya boleh didaftar melalui invitation sahaja. Selain mempunyai pengurusan yang bagus, design yang clean juga membuat hati pengguna tertawan.

    Lihatlah di mana Facebook sekarang, dengan pengguna yang ramai, pendapatan Facebook juga sudah berlipat-lipat kali ganda bertambah. Cuma yang tak menariknya, ada terdengar ura-ura yang mengatakan Facebook akan memperkenalkan beberapa ciri baru yang berkemungkinan akan membuat segelintir pengguna mula meninggalkan Facebook.

  6. megat pada 08 Nov 2009

    aku juga antara pengguna terawal dan beberapa tukar acc. tapi dulu mmg tak rasa pun keseronokannya.

    siap ada member office duk kutuk tak best, skang ni muka derang pun penuh kat facebook (kah3).

  7. mrkaizer pada 08 Nov 2009

    Best giler kalau laman web adsense aku dapat pelawat ramai mcm tu.Ada tak laman web dari Malaysia yang berbahasa Melayu ranking top 100

  8. Fahmishah pada 08 Nov 2009

    Seperti Megat, aku antara pengguna terawal Facebook. Tapi aku jarang buka Facebook sebab tak meriah macam sekarang. Sekarang, hari-hari aku buka Facebook.

  9. mohdisa pada 08 Nov 2009

    betul tu, facebook terus mantap. makin ramai member aku juga. hehe. anyway, lawa theme baru ni. :)

  10. Rjuna pada 08 Nov 2009

    sekarang cikgu pon boleh tahu, korang couple dgn siapa di facebook–adik aku cakap

    cikgu pon kaki facebook wa cakap lu

  11. Lia Qistina pada 08 Nov 2009

    salah satu sebab mengapa FB cepat popular – ramai internet marketers berkumpul di situ dan problogger juga merekemenkan FaceBook.

  12. Farid Zenon pada 08 Nov 2009

    Berapa kali korang jumpa balik member lama kat facebook? aku lebih dari 5 kali (mungkin semua pandai guna komputer) tapi bagi aku flexibility untuk user, cuma apps yang yang dijemput banyak aku block.

    @Rjuna – Kalau bab cikgu dalam facebook, cikgu adik aku pula selalu kena usik

  13. Adney pada 09 Nov 2009

    mengecewakan kerana masih ramai pengguna malaysia x sedar akan kewujudan GMAIL.. masih menggunakan yahoo mail gara2 YM dan kekurangan pengetahuan mengenai kelebihan Gmail.. hehe.. ~off topic~~

    • Fatin Pauzi pada 09 Nov 2009

      Tak jugak Adney. Ada orang tak suke appearance GMail dan lebih sukekan appearance Yahoo.

  14. milsum pada 09 Nov 2009

    Hmmmm….waktu yg tepat utk buat application baru…
    ape apps nk buat neh:-?….idea2….!

  15. sumijelly pada 10 Nov 2009

    hehehe…tul..tull..
    dulu pernah ckp
    “ee….x mau la create, nanti terjebak..”

    tp bila dh terjebak.. ketagih la pulak..
    hari2 mebanting tulang di ladang..
    tp ladang kat belakang umah sendiri..dh tinggi dh rumput…
    hehehehe


Tinggalkan Komen Anda