17Nov

Maxis Bakal Membawa Masuk Dell Mini 3?

Gajet

Baru-baru ini, Dell telah pun melancarkan Dell Mini3 yang mana menggunakan sistem operasi Google Android. Menariknya, kini beberapa ura-ura memperlihatkan yang mana telefon bimbit pintar tersebut akan dibawa masuk ke Malaysia, dengan kerjasama Dell bersama Maxis.

dell mini 3
Dell Mini 3

Sebelum ini, Dell telah dikenali ramai sebagai penyedia komputer yang mampu dimiliki, dan kini mereka memperkenalkan telefon bimbit pintar mereka, yang mana menggunakan sistem operasi Google Android. Dell Mini3 ini membawakan sokongan kepada Microsoft Exchange, serta sokongan chat pada telefon seperti YM!, MSN, dan Google Talk, serta disertakan bersama kamera 3-megapixel dengan sokongan sehingga 8x zoom. Dell Mini 3 juga menggunakan skrin sentuh yang mana papan kekunci QWERTY atas skrin turut disediakan untuk memudahkan pengguna.

Buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada Dell dan Maxis. Walaubagaimanapun, sebelum ini, Dell pernah membuat perjanjian dengan beberapa penyedia telekomunikasi negara, dan Maxis merupakan wakil Dell di Malaysia.


Angka Muat-Turun Pada BlackBerry AppWorld Melangkaui 1 Billion
HP : PC Dan Mesin Pencetak Berasaskan webOS Bakal Diperkenalkan
DiGi Bakal Menawarkan Pakej Khas HTC Evo 3D Tidak Lama Lagi
Samsung Teruskan Iklan Galaxy S2 Mensasarkan Pengguna iPhone
Samsung Chromebook Dengan Sokongan Boot Pantas Diperlihatkan

3 Komen

  1. affuan pada 17 Nov 2009

    Ananda Krishnan kaya, beli dan jual balik tanah untuk dibangunkan KLCC. Apa2 pun bleh beli/ jadi.

  2. mohdisa pada 17 Nov 2009

    tak mampu kot. :)

  3. mrkaizer pada 18 Nov 2009

    guna android tak kan mahal kot.kasi la murah sikt.klu iphone tu os dia berbayar.android open source dan free lak.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader