• Maxis dan Facebook Memperkenalkan FB2Mobile

    Jika sebelum ini Celcom memperkenalkan fungsi mengemaskini Facebook melalui SMS untuk para pelanggan mereka, kini Maxis turut sama memperkenalkan servis mengemaskini akaun Facebook anda melalui SMS, dan menariknya servis yang dikenali sebagai FB2Mobile ini kini adalah percuma sehingga bulan Februari kelak.

    Untuk perkhidmatan yang serupa, Celcom mengenakan caj sebanyak RM1 seminggu, sebaliknya Maxis hanya mengenakan caj sebanyak RM2 sebulan. Walaubagaimanapun, untuk tempoh percubaan sehingga bulan Februari 2010, perkhidmatan SMS Alert disediakan secara percuma. Untuk tidak mengelirukan pengguna, sebarang SMS yang dibalas, masih akan dikenakan caj telco biasa, sebaliknya hanya SMS yang diterima sahaja percuma sehingga Februari 2010.

    fb2mobile
    Contoh Penggunaan FB2Mobile dan GPRS Pada Telefon Bimbit

    Perkhidmatan yang masih diperingkat beta ini membolehkan anda dengan mudah mengemaskini status Facebook anda melalui SMS, atau memuat-naik gambar dan imej melalui SMS, selain menerima kemaskini rakan-rakan yang terkini terus ke telefon bimbit anda dengan mudah.

    Untuk perkhidmatan ini, Maxis menggunakan kod 23223 (2Face), dan untuk memulakan penggunaannya, anda hanya perlu aktifkan aplikasi Facebook FB2Mobile, dan anda sudah boleh mengawal akaun Facebook anda secara terus dari telefon bimbit anda. Anda juga boleh menetapkan kemaskini yang ingin diterima oleh anda melalui halaman khas pada aplikasi tersebut.

    Ianya masih lagi di peringkat beta, dan dibangunkan oleh Maxis dengan kerjasama nPlay Sdn Bhd.

17 Komen

  1. paeh on 04 Nov 2009

    err… tapi celcom tetap plg besh!!

  2. myfr3ak on 04 Nov 2009

    Untuk tidak mengelirukan pengguna, sebarang SMS yang dibalas, masih akan dikenakan caj telco biasa, sebaliknya hanya SMS yang diterima sahaja percuma sehingga Februari 2010.

    Berita Paham..hehe, tapi, sekurang-kurangnya dorang ada juga inisiatifkan?

    • aMaNz on 04 Nov 2009

      Hehe. Kengkadang rakyat Malaysia, dengar jer percuma, terus daftar sumer, pastue time antar sms, kena caj, pastue maki2. huhu.

      • Fatin Pauzi on 04 Nov 2009

        Betul sangat tu. Semua benda nak percuma tapi servis nak mantop. Bila mentaliti orang melayu ni nak berubah ek? hehe

      • titan on 07 Nov 2009

        biasalah tu. perangai biasa rakyat malaysia kita nih. Asal free, diorang suka. Lepas tu, kutuk balik..haiya..

  3. mohdisa on 04 Nov 2009

    haha, aku takmo menggunakan khidmat sms seperti ini. takut kena caj tambahan. aku rela lg g cc. :)

  4. @mymaxis on 04 Nov 2009

    myfr3ak

    Setiap sms yg DITERIMA adalah percuma (hingga Feb 2010)
    Kalau nak htr sms (komen, updates dsbnya) caj sms biasa.

    Anda juga boleh menggunakan aplikasi fb2mobile utk menghantar sms dr Facebook (8 sen/sms)

    Utk daftar, hantar ON FB ke 23223.

    • myfr3ak on 07 Nov 2009

      itu la.. Berita paham!

      Kira ok la tu, ada bagitau juga dari takdak..tapi, harap2 dapat la buat monthly service..sebulan RM4, dan percuma untuk hantar & terima sebarang notis..mesti terbaek..

  5. safar on 04 Nov 2009

    Percuma tetapi tetap ada udang disebalik batu.
    itulah cara berniaga yang mengelirukan.hehehe…….

  6. Azam on 05 Nov 2009

    takde feeling kot kalu terima dalam bentuk sms…hehe..kalau online gune 3g /gprs phone best skit…

  7. Oap on 05 Nov 2009

    aku selese gne laptop @ pc utk facebook nih.. hi hi..

  8. hydir on 07 Nov 2009

    akhirnya maxis dah bleh update FB
    yayy!

  9. Lia Qistina on 07 Nov 2009

    aplikasi ni ada masa depan..mungkin akan bilakan Digi akan membuat servis yang sama? .. Terpaksa beli simkad meksis semata-mata untuk update FB.

    Apa-apapun, aplikasi ni menjimatkan masa, boleh masuk ke FB dari mana-mana saja menggunakan henpon, atau mungkin laptop baru Nokia, dipanggil Nokia Booklet 3G.

    -Qistina-

  10. drbahsha on 16 Nov 2009

    nothins is free in this world…………………….

  11. Lynord on 24 Nov 2009

    best nie… nak copy leh tak???


Trackbacks/Pingbacks

  1. Dear Malaysians, Now You Can Freely Update Your Facebook Status & Twitter Using Maxis fb2mobile | ShamHardy.com

Tinggalkan Komen Anda