27Nov

Torrent Yang Melanggar Hak Cipta Di Buang MiniNova

Web 2.0

Penyedia index BitTorrent terbesar di dunia, MiniNova hari ini memperkenalkan fungsi thumbnail di laman mereka, memudahkan kita memuat-turun torrent yang betul, selain pada masa yang sama mengumumkan yang mana mereka telah membuang semua fail yang melanggar hak cipta daripada laman mereka.

MiniNova
Fungsi Thumbnail Pada MiniNova

Selepas ini, MiniNova hanya akan hos fail-fail yang dimuat-naik melalui Content Distrbution, atau dengan kata mudah, torrent yang dimuat-naik oleh ahli-ahli yang telah disahkan sahaja. Langkah ini adalah secara langsung berkait terus dengan keputusan mahkamah di sana yang mana menyuruh mereka menutup platform mereka sekiranya terdapat sebarang fail-fail yang melanggar hak cipta pada laman mereka.

Walaupun ianya akan membawakan kesan besar kepada komuniti torrent sedunia, ianya masih terdapat beberapa laman lain yang menyediakan khidmat yang serupa, seperti Pirate Bay dan yang lain-lain. Selain itu, mungkin terdapat laman sebagai ganti kepada MiniNova yang akan dibangunkan tidak lama lagi, sama seperti MiniNova yang dibangunkan sebagai ganti kepada SuperNova ketika laman torrent SuperNova ditutup.

Tips oleh Roslan Nazri. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus


StyleKandi Memudahkan Perkongsian Inspirasi Bersama Yang Lain
Twitter Membuka API Twitter Photos Kepada Para Pembangun
Twitter Mematikan Aplikasi BlackBird Pie - Kini Mempromosikan Aplikasi Pihak Ketiga
Nuffnang Ke Thailand - Bakal Beroperasi Tidak Lama Lagi
Twitter Bakal Melangkaui Lebih 500 Juta Akaun Berdaftar Bulan Hadapan

7 Komen

  1. Si Naga pada 27 Nov 2009

    movie langgar hak cipta gak ker?
    huhu..

  2. Fahmishah pada 27 Nov 2009

    Sebelum kena saman dengan mana-mana kompeni, lebih baik buang.

  3. Adam pada 27 Nov 2009

    Kalau macamtu, dah tinggal apa saja kalau semua kandungan adalah terlindung dengan hak cipta? Wayang lebih saja semua ni.

  4. AK pada 27 Nov 2009

    eleh.. thepiratebay.org x gementar pown.. x caya??

    http://thepiratebay.org/legal

    • Dota pada 28 Nov 2009

      Memang tak gementar, tapi server dah masuk museum… apa cerita. Cuba selak laman ThePirateBay Blog. Kebanyakkan torrent website dan tracker semua dah ubah cara mereka beroperasi. Nampaknya mereka memang kena push habis habisan oleh pihak yang berkenaan.

  5. Adney pada 27 Nov 2009

    aku jarang download2 ni.. huhu… kdg2 jer

  6. muhian pada 28 Nov 2009

    patut la…aku terperasan kenapa movie yang nak aku cari dah takde sehari sebelum tu ada lagi..nasib baik sempat download satu movie..tapi seeder skit gile lepas mininova buat benda ni.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader