-
MOHE Memperkenalkan Forum Untuk IPTA dan PTPTN
Ianya sering timbul masalah antara PTPTN dan para peminjam, dimana para peminjam tiada tempat untuk mengadu dan bertanyakan berkenaan dengan masalah mereka. Untuk mengatasinya, kini pihak PTPTN memperkenalkan sebuah forum khas, dimana anda boleh mendaftar secara percuma dan mula bertanyakan soalan pada mereka.

Forum MOHE Yang Menggunakan Template Asal PHPBBSebenarnya, forum yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ini lebih ditumpukan kepada IPTA dan juga Pinjaman PTPTN. Amat mendukacitakan apabila tiada ruangan khas untuk pelajar IPTS, ataupun pihak MOHE perlu menjenamakan semula dengan menukarkan IPTA menjadi IPT sahaja.
Sehingga artikel ini ditulis, sudah terdapat lebih kurang 2586 orang berdaftar, dan menariknya, anda boleh mendaftar menggunakan nama pengguna kegemaran anda, dan bertanyakan soalan tanpa segan silu, kerana bukan nama sebenar anda yang dipaparkan. Forum ini menggunaan enjin phpBB, yang mana merupakan antara enjin forum yang terkemuka di dunia.
Topik yang mendapat perhatian ramai adalah berkaitan pembayaran balik, dan diikuti dengan permohonan. Ianya merupakan salah satu usaha menarik daripada pihak PTPTN, dimana melalui penyediaan forum ini, mereka dapat menyediakan khidmat bantuan melalui dalam talian kepada para penggunanya dengan mudah.
7 Komen
standard la forum..guna phpBB …sekarang nih..huhu….kenaper interface forum tu simple sangat?
Tak ada duit agaknya nak guna VBuletin.
phpbb is better .. vBulletin makan resource tinggi..
bagus, ini salah satu langkah pembangunan modal insan. hehe
tunggu berapa lama kena deface.
Alamak, belom bayar lagi hutang. huhu.
Ok gak ade forum macam ni. Leh tanya banyak2. Malas nak kol..
open source better….