19Nov

Office 2010 Beta Di Lepaskan Microsoft

Microsoft

Hari ini, secara rasminya, Microsoft melepaskan Office 2010 Beta bersama-sama dengan SharePoint Server 2010, Project 2010, Visio 2010 dan juga Office Web Apps untuk perniagaan, serta Office Mobile 2010 pada acara Professional Developers Conference yang diadakan di Los Angeles.

Logo Office

Versi beta ini boleh dimuat-turun dari laman Microsoft secara percuma sama seperti yang dilakukan oleh Microsoft ketika Windows 7 dahulu. Microsoft berharap dengan melakukan demikian, mereka akan mendapat maklumbalas lebih pantas daripada para pengguna supaya versi akhir kelak akan lebih baik lagi.

Versi akhir Office 2010 akan dilepaskan secara rasminya tahun hadapan, yang mana membawakan logo baru bagi setiap aplikasi, disamping beberapa perubahan pada antaramuka aplikasi Office. Pada masa yang sama, mulai tahun hadapan, setiap komputer yang datangnya dengan Windows OS akan didatangkan dengan Office Starter 2010, iaitu versi ringan Office 2010, membolehkan anda membuat perkara asas pada sesuatu dokumen.

Anda kini boleh memuat-turun Office 2010 Beta secara terus dari laman Microsoft dengan percuma, dan mencuba terlebih dahulu aplikasi pejabat daripada Microsoft ini.


Windows 8 Akan Membawakan Fungsi SmartScreen
Office 15 Bakal Membawakan Aplikasi Baru Dipanggil Moorea?
Konsep KinectShop Diperlihatkan
Akaun YouTube Milik Microsoft Digodam - Semua Video Microsoft Dipadam
Nokia Memperlihatkan Nokia Maps Pada Windows Phone Dengan Lebih Dekat

7 Komen

  1. Lady Nass pada 19 Nov 2009

    adeh.klau aku sorang pakai ni, tp di kelas, komputer kelas tak support benda ni..lagi2 kalau komputer kelas support office zaman batu (2003), penen..apa2 pon, tak kira, aku nak try jugak..ngeh ngeh..

  2. Cara Buat Blog pada 19 Nov 2009

    Seronok guna teknologi baru, versi 2007 pun tak explore habis lagi… kalau upgrade free setiap kali kan bagus :)

  3. mohdisa pada 19 Nov 2009

    nak test lah, kali ini aku tak nak ketinggalan lagi. hehe

  4. hire4bullet pada 19 Nov 2009

    kne test nie…. aman, klu test , wat review nnt…..

  5. lazaac pada 20 Nov 2009

    dah try… tapi dia minta activate lak.. leh pakai 30 hari jer… boring la mcm ni… hoho…

  6. shaifful pada 26 Nov 2009

    Aktivasi percuma. leh request key…

  7. Ryan pada 18 Jan 2010

    Versi beta ni leh guna sampai bila ek?


Tinggalkan Komen Anda