-
P1 Memperkenalkan Peranti Penjana Hotspot
Setelah membawakan inovasi 4G atau WiMax kepada rantau Asia Tenggara, P1 terus memperkenalkan inovasi demi inovasi dalam menarik minat para pengguna untuk menggunakan servis mereka. Terkini, GreenPacket memperkenalkan Penjana Hotspot Peribadi yang boleh menukarkan WiMax kepada WiFi.

Penjana Hotspot Peribadi dari P1 [via]Peranti khas ini membolehkan gelombang WiMax diubah kepada WiFi dan dikongsi bersama rakan-rakan anda yang lain. Masih tiada sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan gajet terbaru ini, selain daripada diketahui dimana mereka menggunakan gajet yang dibangunkan oleh InfoMark yang dikenali sebagai Biscuit. Dengan caj bateri penuh, Penjana Hotspot Peribadi ini boleh bertahan selama 5 jam.

Penjana Hotspot Peribadi dari P1 [via]Masih tiada sebarang berita rasmi daripada pihak P1 berkenaan dengan harga dan sebagainya.
12 Komen
perghhhhhh..tak terfikir dek akal fikiran..hahahaa..inovasi betul..kalo launch mesti subscribe neh..huhu.
Ape plak ni. Line skg masih slow, coverage masih belum meluas. Patut P1 upgrade pemancar la dulu.
Aku setuju dengan shahrul. Aku pun nak jugak merasa wimax.
Anyway, ini satu inovasi untuk masa depan dorang kot.
gile arr,harap speed better la
Comel gile…
teknologi baru berasaskan peranti kecil mmg dinanti-nantikan para pengguna.
P:S: Nape sjk akhir2 ni,web P1 tk leh masuk ye?
bila la agaknya teknologi ni sampai kat Malaysia Timur ya…
tahu takpa, P1 WiMax masih tak meluas. dah buat benda baru, baik upgrade dorg nyer speed dan meluaskan ke seluruh malaysia. pastu baru la lunch benda ni.
aku rase pun camtu..
tapi dieorang pun nak kena jaga requirement yang gov bagi kat dieorang…
rasa-rasanya Wimax ni dapat coverage di kawasan “kampung” tak? Celcom Broadband punya line sekarang ni sekejap OK sekejap KO, tapi biasanya cepat KO dari OK.
WiMax ni klu rangkaiannyer luas mesti rmi yg nk gne2.
lg2 da ade inovasi canggih ni.
skrg ni aku tunggu coverlage luas. bru subscribe
aku selalu on9 kat kedai mamak, dia guna benda alah ni la kot huhu