06Nov

P1 : RM300 Juta Di Peruntukkan Untuk Tahun 2010

Lain-lain

Packet One Networks Sdn Bhd yang mana mengoperasikan rangkaian jalur lebar tanpa wayar, P1 Wimax telah pun memperuntukkan lebih kurang antara RM200 juta hingga RM300 juta untuk perbelanjaa modal tahun hadapan. Menariknya, perbelanjaan modal itu akan termasuk sekali dalam pengembangan servis mereka ke Sabah dan Sarawak.

P1 telah membelanjakan lebih RM300 juta dalam tempoh masa 13 bulan yang lepas, dalam melancarkan servis WiMax mereka di beberapa kawasan utama di Semenanjung Malaysia. Dalam perancangan untuk tahun 2010, P1 merancang untuk merangkumi lebih 45 peratus daripada penduduk Semenajung Malaysia.

Selain daripada itu, P1 juga merancang untuk merangkumi lebih 65% daripada penduduk negara menjelang 2012 yang mana ianya bakal memerlukan dalam RM1 billion untuk melaksanakannya. Buat masa ini, CEO P1 Wimax, Michael Lai masih tidak memberitahu dengan cara apa beliau bakal mengumpulkan dana bagi perbelanjaan modal tersebut.

Selain daripada Malaysia, P1 juga berhasrat untuk mengembangkan servis mereka di Asia Tenggara. Sebagai langkah pertama, P1 telah pun memperoleh lesen untuk menggerakkan WiMax di Singapura, yang mana dijangkakan akan dilancarkan pada akhir 2010.


Malaysia Dan Teknologi Sepanjang Tahun 2009
AMaxCity Yang Pertama Di Perkenalkan
Upin dan Ipin Menerima Anugerah Malaysian Book of Records
Program Linux Varsiti Dihentikan?
Astro Melancarkan Perkhidmatan NJOI - TV Satelit Percuma Tanpa Bayaran Bulanan

18 Komen

  1. blowie pada 06 Nov 2009

    aik? kat singapura takde syarikat yg operate WiMax lg ke?

  2. safar pada 06 Nov 2009

    Bila agak kawasan aku nak dapat p1 wimax.

  3. beliamuda pada 06 Nov 2009

    lagi cepat dia kembangkan servis lagi bagus.. ramai yang nak potong ni..

  4. finalcross pada 06 Nov 2009

    Hmm,bertuahlah pulau singa tu kalo da ade wimax. mmg la coverage bole full punye… Not impossible for small island.

  5. emptyspace pada 06 Nov 2009

    byk gak duit p1 ni ek.. siapa pelabur2 di belakang p1 ni agaknye? boleh ko selidik sekali?

    • xflixz pada 07 Nov 2009

      yang aku tawu green packet (parent company p1) ni mule2 nak start dulu dapat funding from government..from kumpulan modal perdana sdn. bhd..berjuta gak la dpt..then aku x twu dah..maybe diorg rolling then ada from some investor laa..

      • emptyspace pada 09 Nov 2009

        oh i see, jangan temasek holdings sudey

        • Jaws pada 09 Nov 2009

          kalo temasek holding naper?

  6. mohdisa pada 06 Nov 2009

    bila agaknya aku mampu memakai p1 wimax plak yer. hehe

  7. zool pada 07 Nov 2009

    Melaka bila nak sampai?? Wargh!!

  8. titan pada 07 Nov 2009

    em. aku tunggu kawasan banting dan jerantut. takde wimax. ada celcom broadband dengan streamyx aje..

  9. affuan pada 07 Nov 2009

    Haha. Aku x perasan la plak iklan ni tahun lepas. Ye ke ade? Kui3. Kelantan dah sampai tapi lom lagi cover kawasan aku. Dah gelenyar nak potong neh. Haha.

    • Encik Yakob pada 07 Nov 2009

      Yang tak tahan skrg ni Streamyx siap buat iklan suro jangan potong.. mmg fight giler laa… hahaha

  10. megat pada 07 Nov 2009

    kat kota tinggi lagi lah tak tahu bila sampai. tengok modal sampai billion tapi nampak pergerakan slow lagi.

    harap tidak menduka citakan dengan berita-berita gempak camni. pengguna internet sudah muak dengan penipuan halal mereka (hu3)

  11. Roslan Nazri pada 07 Nov 2009

    kelakar dow iklan kat atas ni..tu jer aku nak komen..hahaha..selagi tak meliputi seluruh kawasan malaysia kita tak tau dia sehebat streamyx tmnut tu ke tak..hahaha

  12. Khai pada 07 Nov 2009

    terbaik lah w1max.. potong!

  13. Adney pada 07 Nov 2009

    potong!

  14. Wan PERLIS pada 31 Dec 2009

    p1 wimax bila nak sampai Perlis?
    padahal banner dah tergantung katsini.
    offtopic : camna nak tukar avatar ?


Tinggalkan Komen Anda