26Nov

P1 WiMax dan F-Secure Membawakan P1 NetSecure

Lain-lain, Sekuriti

P1 WiMax dan F-Secure hari ini memperkenalkan P1 NetSecure untuk para pengguna, dimana ianya menyediakan aplikasi sekuriti khas untuk pengguna internet bermula bayaran bulanan bermula RM5.99 untuk 1 pengguna ataupun RM7.99 untuk sehingga 3 pengguna untuk sebulan.

P1 NetSecure
P1 NetSecure

Melalui NetSecure ini, pengguna turut akan mendapat beberapa fungsi lain, seperti antivirus, anti-spyware, firewall, penapis spam, dan kawalan kanak-kanak. Melalui anti-virus dan juga anti-spyware, anda akan mendapat lindungan daripada aplikasi yang berbahaya, selain firewall melindungi komputer anda daripada para pengodam, sementara spam filter pula melindungi anda daripada emel-emel yang berupa spam dan lindungan daripada phishing. Sementara itu, melalui aplikasi kawalan kanak-kanak, anda akan dapat kawal tetapan internet anda supaya aktiviti kanak-kanak anda akan dapat dikawal.

Buat masa ini, P1 NetSecure ini disediakan khas untuk para pengguna pascabayar P1 WiMax sahaja, dan anda boleh mendaftarkan diri anda untuk menggunakannya dengan bayaran bulanan yang amat rendah sekali. Tiada sebarang kontrak penggunaan, dan anda boleh hentikan perkhidmatan ini bila-bila masa sahaja.


P1 Bakal Mengantikan Wiggy Dengan Shuttle?
AMD Menyertai Intel dan Nokia Dalam MeeGo
Nokia Hentikan Tawaran Muzik Percuma
Software Freedom Day 2011 KL Bakal Diadakan 21 September Ini
Digicert Malaysia : Kami Sedang Menyiasat

5 Komen

  1. Zairi Zaidi pada 26 Nov 2009

    Nampak macam bagus je

  2. mohdisa pada 26 Nov 2009

    wah, bagusnya. :)

  3. zuwairiaiman pada 27 Nov 2009

    menarik.. sesuatu yang boleh di explore

  4. Omar pada 28 Nov 2009

    ada trial..download file 193 MB tu dulu

  5. Prototype pada 29 Nov 2009

    bgus2 banyak kelebihan dari shitmyxx..truskan usahamu P1 wimax..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader