09Nov

Paint.NET 3.5 Membawakan Sokongan Kepada Aero

Perisian

Bagi peminat aplikasi editor gambar dan imej, anda semestinya sudah kenal akan Paint.NET, salah satu aplikasi khas untuk pengguna Windows yang membawakan pelbagai fungsi yang menarik seperti sokongan layer, efek khas, selain menyediakan beberapa tool yang menarik. Terkini, Paint.NET 3.5 sudah pun dilepaskan oleh pihak pembangunnya.

Paint.NET 3.5
Antaramuka Paint.NET 3.5

Seperti aplikasi-aplikasi lain, Paint.NET 3.5 turut membawakan sokongan kepada fungsi Aero yang mana kini digunakan pada Windows Vista dan Windows 7. Antaramuka Paint.NET juga diberi nafas baru, menjadikannya lebih menarik berbanding sebelumnya. Pada masa yang sama, Paint.NET mengguna-pakai .NET Framework 3.5 SP1, yang mana membawakan pelbagai peningkatan, termasuk penjimatan penggunaan memori untuk aplikasi .NET.

Selain menjimatkan penggunaan memori, Paint.NET juga kini lebih pantas, dan boleh dibuka dengan lebih 20% pantas berbanding sebelumnya. Kualiti gambar ketika di zoom juga telah diperbaiki, selain penggunaan saiz disk dikurangkan kepada lebih kurang hanya 12MB sahaja.

Paint.NET Aero
Paint.NET kini menyokong penuh Aero

Pada masa yang sama, kini segala perisian tambahan yang diperlukan seperti .NET dan sebagainya, disertakan sekali, sekaligus memudahkan para pengguna menggunakannya. Paint.NET juga membawakan beberapa fungsi efek yang menarik, menjadikannya sebuah aplikasi editor imej yang menjadi pilihan ramai pengguna.

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut berkenaan perkara baru pada Paint.NET 3.5 di halaman rasmi mereka, atau terus mencubanya dengan memuat-turun aplikasi Paint.NET. Pembangunan Paint.NET 4.0 sudah pun didraf, dan dijangka akan dilepaskan menjelang tahun 2011 kelak.


Mozilla Firefox 3 Hari Selasa Ini
Antaramuka Internet Explorer 9 Lebih Minimalis Dari IE8
Adobe Bakal Menamatkan Adobe AIR Marketplace Pada 31 Ogos
CyanogenMod 7 Diperlihatkan Pada HP TouchPad
Chrome 20 Membawakan Integrasi Sokongan Chrome To Mobile

6 Komen

  1. od3n pada 09 Nov 2009

    microsoft product kah?

    • Aman Gajet pada 09 Nov 2009

      .NET tue msft nyer. Tapi Paint.NET nie free product. Bukan dari Msft.

  2. finalcross pada 09 Nov 2009

    Hmmm,software ala-ala photoshop gak la ye sbab kita bermain dgn ‘layer’ kn.

    P/S: Nice new theme layout…cool!

  3. mrkaizer pada 09 Nov 2009

    Sekarang ni banyak dah percuma dan bersumber terbuka,ikut selera apa pilihan kita.aman buat la tutorial guna aplikasi sumber terbuka ni.Memperbanyakkan tutorial bahasa melayu di dunia maya..:)

  4. mohdisa pada 09 Nov 2009

    entah, tak penah guna la plak. hehe

  5. od3n pada 10 Nov 2009

    xbleh nk banyak godek2 kt windows da pasnie.. skg da gune mac huhu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader