11Nov

Panda Cloud Antivirus 1.0 Di Lepaskan

Perisian, Sekuriti

Berbeza dengan penyedia perisian sekuriti dan antivirus yang lain, Panda Security yang memperkenalkan beta untuk Panda CloudAV sebelum ini, secara rasminya telah pun melancarkan versi akhir produk mereka, iaitu Panda Cloud Antivirus 1.0. Menariknya, perisian ini diberikan secara percuma tanpa sebarang kos tersembunyi.

Panda Cloud Antivirus 1.0 ini menyokong penuh sistem operasi Windows, termasuk Windows XP, Windows Vista dan juga Windows 7, dan didatangkan dalam variasi 32-bit dan juga 64-bit untuk Vista dan Win 7, serta versi 32-bit untuk Windows XP.

Panda Cloud Antivirus
Antaramuka Aplikasi Panda Cloud AV

Panda Cloud Antivirus adalah kombinasi teknologi yang berasaskan cloud serta aplikasi ringan yang dipasang di komputer, dimana melalui sistem yang direkabentuk itu, kesemua informasi berkaitan virus disimpan disuatu server, dan ianya akan ditarik melalui internet setiap kali anda ingin menggunakan antivirus tersebut. Secara tidak langsung, ruangan dan memori komputer anda dapat dijimatkan sepenuhnya, selain memberikan perlindungan penuh kepada komputer anda.

Sekiranya anda telah memasang CloudAV versi beta di komputer anda, anda perlu nyah-pasang aplikasi tersebut terlebih dahulu, dan seterusnya memuat-turun versi 1.0 daripada halaman Cloud Antivirus, dan memasangnya.


Firefox 4.0 Beta 2 Sedia Di Uji
Laman Kerajaan .gov.my Bersedia Menghadapi Sebarang Serangan Siber
Mozilla Ingin Membuang Angka Versi Untuk Pelayar Web Firefox
Facebook Messenger Untuk Windows Diperkenalkan Secara Rasmi
Mozilla Memperkenalkan Sokongan Reset Firefox

13 Komen

  1. mohdisa pada 11 Nov 2009

    bagus ke antivirus ni?

  2. razfira pada 11 Nov 2009

    a’ah..bagus ke ek?

  3. zali pada 11 Nov 2009

    Tak tau bagus ke tak… tak try lagi. Tapi kalau panda antivirus memang bagus pun… dah 4 tahun dok pakai.

  4. blogresipi pada 11 Nov 2009

    Salam Amanz,

    First time kami singgah ke blog ni. Best dan bermanfaat untuk kami yang masih tak pandai bab-bab perkomputeran nih.

    Tanya sikit. Tengok kat blog tuan ada kategori macam Apple, Gajet, Google dan sebagainya. Pastu setiap kategori macam Apple contohnya tuan posting ikut tarikh. Macam blog dalam blog lah lebih kurang. Soalan kami ialah function tu hanya untuk pengguna wordpress.org ke? Sebab dalam wordpress.com hanya diberi pages jadi tak bolehlah update setiap pages ikut tarikh baru.

    Tenkiu!

    • DotaSense pada 11 Nov 2009

      Dengan wordpress anda boleh setkan post anda untuk masuk mana-mana kategori yang dibuka. Jadi, masa nak post tu, tick pada mana-mana kategori yang anda mahu pilih. Dalam wordpress.com pun boleh buat macam tu.

  5. Lixirin pada 19 Nov 2009

    Ermm pernah try dah …dia nyer engine cam panda yg lama gak cuma ringan…..

  6. Lixirin pada 19 Nov 2009

    dahh try dahhh….dia nyer engine cam panda lamanyer gak cuma ringan lg jer….

  7. mrkaizer pada 20 Nov 2009

    Chrome OS mesti menggalakkan penggunaan antivirus macam ni.jimat memori dan ringan.lebih selamat komputer kita tu.

  8. Taufik SM pada 25 Nov 2009

    aku suka panda punya product ….berkualiti,kukuh…..

  9. mohdisa pada 03 Dec 2009

    aku tetap setia dengan avira. yehaa

  10. titan pada 06 Dec 2009

    nod32 la best. hehe..

  11. PejeYz pada 28 Feb 2010

    Kaspersky still da best…da guna bertahun Internet Security dier…sgt2 xde false alarm like Avira n others biler ada fail keygen or crack etc….opss….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader