Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti yang dikatakan sebelum ini, Friendster memperlihatkan satu demi satu pembaharuan hari demi hari. Beberapa pengguna sudah pun dapat mencuba antaramuka dan beberapa fungsi baru, dan ianya akan diperkenalkan pada semua pengguna dalam masa terdekat ini.
Salah satu perkara baru adalah ruangan untuk ShoutOut di halaman utama sebaik sahaja anda log masuk ke dalam Friendster. Oleh kerana antara perkara utama dalam laman sosial adalah ruangan untuk ShoutOut dan juga ruangan gambar, kedua-dua ruangan ini diberikan ruangan yang lebih besar berbanding sebelumnya untuk memudahkan para pengguna.

Ruangan ShoutOut Pada Friendster
Selain daripada kedua-dua ruangan yang diperluaskan, Friendster juga memperkenalkan fungsi untuk memilih warna tema laman utama Friendster untuk menjadikannya lebih mengikut citarasa anda. Ruangan navigasi dibahagian atas juga diperkemaskan, menjadikannya lebih menarik berbanding sebelumnya.

Bar Navigasi di Friendster
Sama seperti sebelumnya, anda boleh melihat aktiviti rakan-rakan anda dibahagian halaman utama, disamping bahagian notifikasi dan navigasi yang disusun secara menarik dibahagian kiri. Ianya menjadikan halaman Friendster lebih ringkas dan senang untuk dilawati.

Ruangan Notifikasi Di Bahagian Kiri Laman
Halaman utama yang serba baru ini diperkenalkan kepada para pengguna seluruh dunia secara berperingkat, dan pelbagai fungsi menarik juga dibawakan dari masa ke semasa oleh Friendster.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ade peningkatan… lg satu xde la kes spam comment g pasnii…
oo.. nice move fs
ketinggalan zaman..hahaha
no more friendster, i cannot involve in fs more. sorry
Dah lama x jenguk FS.
sampai bl blh tgk fs nie,,,
FS niy best gak ea,tapi aku dah lama x jenguk.
moga kite dpt mgeratkn silaturrahim mlalui fs…
Yup…..betol3…satu lagi fungsi friendster yang terbaru adalah kebolehan untuk mencipta laman blog sendri. Aku pertama kali tgk macam xpcaye tapi bila dah try wat..tak sampai 1 jam aku dah ada blog sendri,muahaha………..cayokkk friendstr, lebih-lebih lagi dah jadi sebahagian drda syarikat Malaysia- MOL Global.
cayokkkkkk…………..
fs adalah perisian cap ayam hahaha