03Nov

Penduduk Malaysia Gemar Berbelanja Dalam Talian

Lain-lain, Web 2.0

Walaupun keadaan ekonomi baru sedang pulih semula, ianya tidak mengelakkan daripada rakyat Malaysia berbelanja sempena dengan musim perayaan. Daripada suatu bancian ringkas yang dilakukan oleh PayPal, ianya didapati yang mana secara purata, penduduk Malaysia membelanjakan sehinggan RM730 menjelang musim perayaan.

Menariknya, ianya didapati yang mana ramai penduduk Malaysia berbelanja secara dalam talian, dimana sebanyak 44% daripada perbelanjaan ketika musim perayaan dan cuti dilakukan secara dalam talian. Rakyat Malaysia dikatakan tidak gemar pergi ke pusat membeli-belah disebabkan ingin menjimatkan masa, disamping mengelakkan kawasan orang ramai, selain boleh mengakses ke pelbagai produk yang lebih banyak, dengan hanya duduk dihadapan PC sahaja.

Bancian PayPal ini telah dijalankan oleh BlackBox antara Ogos 17 hingga Ogos 30, dan melibatkan 300 orang respondan dari Malaysia. PayPal, baru-baru ini telah melancarkan Asia Mall, yang mana menghubungkan pembeli dan penjual antarabangsa dengan Asia. Selain daripada itu, PayPal juga telah memperkenalkan pengeluaran duit ke akaun bank tempatan secara terus dari PayPal baru-baru ini.


GrabMyAds Mengikut Jejak Langkah GoKita
MyFriends2U Memperkenalkan Laman Marketplace
Laman 1Malaysia.com Digodam Kerana Telah Dicabar?
Lebih 11% Pengguna Baru Memilih P1 Sepanjang Tahun Lepas
Aplikasi iOS Amanz Bakal Dilancarkan - Dijana Oleh Wut2Feed

12 Komen

  1. Khai pada 03 Nov 2009

    tp bukan semua boleh beli online. macam baju aku prefer gi cari sendiri n nengok depan mata dari beli online.. beli2 x muat dah membazir.. buang masa plak nak jual balik.. hahaha..

    kalau gadget comel ke, perkakas komputer ke mmg beli online je la.. jgn buang masa bau ketiak org kat lowyat tu.. hakhak

    • mytshirt2u.com pada 04 Nov 2009

      xjuga,kami di mytshirt2u.com ok je pasal saiz baju.ukur saiz sendiri la ;)

      contoh threadless.com tu,ok je.dulu mula2 xde kedai pon.online saja.dia bgtau saiz baju sumer ;)

  2. mrkaizer pada 03 Nov 2009

    betul ckp khai tu,macam kasut ke,tak semua boleh padan mcm beli sendiri tu.Bancian ni gak menunjukkan sikap positif rakyat Malaysia dlm belian secara online ni.

  3. Adney pada 03 Nov 2009

    aku hujung2 bulan bese aku shopin’ kat tenet.. tapi shoping besenye ebook, software, domain, hosting.. tu je.. paling banyak domain.. haha..

    Klo material2 ni kurg sikit aku nak beli.. aku lebih suke gi je kedai..

  4. affuan pada 03 Nov 2009

    Aku suka beli barang2 penjual desperate nak pakai duit. Mudah.my adalah pilihan. Hehe.

  5. finalcross pada 03 Nov 2009

    http://www.lelong.com.my pun cara gak. Tp kene pandai pilih brg gak… risiko ttp ada. huhu

  6. Sham Hardy pada 03 Nov 2009

    mak aihhhh.. aku ingatkan pembeli Malaysia kurang berbelanja online, ini yg bangkitkan semangat aku neh! HEP HEP!!

  7. Fahmishah pada 03 Nov 2009

    Rakyat Malaysia sudah buka mata untuk berbelanja dalam internet. Tapi jangan sampai tertipu.

  8. Hafidz pada 03 Nov 2009

    wah, ini memang satu perkembangan positif. membuktikan orang Malaysia sememangnya celik IT, heh =P

  9. safar pada 03 Nov 2009

    Beli pizza hut melalui talian ( online ).hantar tetaplah sama.
    dengan motosikal.tak kan dengan emel kot.aku rasa tak lama
    lagi Pasaraya besar seperti Mydin, Jusco , Tesco, Carrefour dan dll.mesti akan sedia pembelian secara dalam talian.macam duduk dekat UK pula.

  10. mohdisa pada 03 Nov 2009

    aku tak pernah beli pun dalam talian, sbb aku lebih suka mencari sendiri. lagi puas hati. hehe

  11. Lia Qistina pada 07 Nov 2009

    Perkembangan bagus..nampaknya semakin ramai rakyat Malaysia menggunakan Internet – membuka peluang kepada perniagaan internet milik rakyat Malaysia sendiri.

    -Qistina-


Tinggalkan Komen Anda