28Nov

Perkongsian Kini Lebih Mudah Di Friendster

Web 2.0

Seperti sedia maklum, Friendster sedang melalui transformasi laman yang besar, dimana pelbagai perkara baru serta fungsi-fungsi menarik beserta dengan antaramuka baru yang diperkenalkan pada laman tersebut sedikit demi sedikit. Salah satu daripadanya adalah fungsi perkongsian yang kini lebih mudah.

Share Album
Perkongsian Kini Lebih Mudah Di Friendster

Kini, anda boleh berkongsi sesuatu album gambar itu dengan lebih mudah dengan rakan-rakan anda yang lain samaada yang mempunyai akaun Friendster ataupun tidak. Anda cuma perlu masukkan alamat emel, dan rakan anda sudah boleh ikuti album gambar anda dengan mudah. Selain daripada itu, rakan-rakan Friendster anda yang lain juga boleh lihat album anda melalui Stream rakan-rakan pada halaman utama Friendster.

Stream
Friendster Stream

Sama seperti pada Facebook, kini Stream pada Friendster memperlihatkan segala aktiviti rakan-rakan anda, memudahkan anda mengikuti perkembangan seseorang itu dengan lebih mudah dan rapat lagi. Walaubagaimanapun, masih tidak diketahui sama ada fungsi filter boleh digunakan untuk tidak mengikuti seseorang itu terdapat padanya ataupun tidak.


Facebook Mula Memperkenalkan Antaramuka Baru
DeviantArt Memperkenalkan Muro - Aplikasi Lukisan HTML5
Facebook Mengambil-Alih Snaptu
TableFour.Us Memperlihatkan Aplikasi Melalui Video 4 Saat
Aplikasi FourSquare Untuk iPhone Turut Memperlihatkan Gambar Pada Stream

7 Komen

  1. paeh pada 28 Nov 2009

    betoi ke weh… jap g aku nk tgk kt fs aku

  2. paeh pada 28 Nov 2009

    jap g aku nk tgk kt FS aku laa… haha

  3. Adam pada 28 Nov 2009

    Friendster dan tidak ketinggalan MySpace sudah sedar yang fungsi stream dengan kebolehan untuk komen menjadi trend pada masa kini. Baguslah mereka sedar. Pengguna mahu sesuatu yang mudah untuk bersosial.

  4. zuwairiaiman pada 28 Nov 2009

    bagus, semua ade transformasi

  5. esanstudio.net pada 29 Nov 2009

    kita pon kene transformasi laa.jugak.

    Diorang dah trabsformasi dah..erm

    thanks on this information

  6. cikepal pada 29 Nov 2009

    dah lama tak bukak friendster ;)

  7. zool pada 30 Nov 2009

    Lama gak aku tak singgah friendster.. Ada lagi ke awek aku kat sana ntah


Tinggalkan Komen Anda