26Nov

Rekabentuk Baharu Untuk Halaman Utama Google

Google

Google dari masa ke semasa sering memperkenalkan perkara baru kepada produk-produk mereka, termasuk yang utama enjin carian mereka. Kini, mereka sedang dalam proses melakukan sedikit perubahan pada enjin carian mereka, menjadikan halaman carian mereka lebih menarik lagi.

Google Utama
Halaman Utama Google

Buat masa ini, rekabentuk ini sedang dicuba pada segelintir pengguna, dan mungkin akan diperkenalkan kepada umum dalam masa terdekat, ataupun mungkin tidak, bergantung kepada pendapat dari para pengguna yang telah mencubanya. Melalui rekabentuk baru ini, kelihatan Google ingin membuat laman mereka lebih menarik dilihat, dengan penambahan beberapa ikon di sebelah navigasi, selain penggunaan warna biru pada latar belakang pada pautan-pautan di laman mereka.

Google Hasil Carian
Ikon Sebelah Navigasi

Sebelum ini, turut kedengaran yang mana Google bakal memperkenalkan antaramuka serba baru pada laman Google Apps mereka, selain memperkenalkan enjin Caffeine pada enjin carian mereka yang sedia ada ini.


Tiada Lagi Pembangunan Pada Google Notebook
Chrome Bereksperimen Dengan Halaman Skrin Memfokuskan Aplikasi
Google Friendship - Lawak Rangkaian Sosial Dari Google?
Dapatkan Jemputan Google+ Di Amanz Sekarang
Nokia Malaysia Bakal Memperkenalkan Kemaskini Symbian Anna Yang Dioptimasikan Untuk Malaysia

7 Komen

  1. paeh pada 26 Nov 2009

    serius smart. tapi jgn berat2 sudaaa

  2. Lady Nass pada 26 Nov 2009

    wah! ni betul ke ni? haha! hopefully bertambah-tambah laju dan ringan lah iye? ^__^

  3. luth textile pada 26 Nov 2009

    cun! ringkas

  4. Qubezo pada 26 Nov 2009

    Rasanya tak banyak beza. Just ada annoying sidebar di tepi. =X

  5. Arib :) pada 26 Nov 2009

    Wah, cun habess, Web 2.0!
    Hidup Google! :D

    “Windows 7, PC anda dipermudahkan.”

    The Personal and IT Blog:
    http://arib2020.blogspot.com

  6. mohdisa pada 26 Nov 2009

    encik google the best. :)

  7. AK pada 27 Nov 2009

    google is my best friend


Tinggalkan Komen Anda