Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Tahukah anda bahawa setiap komputer yang dipasang untuk wakil rakyat kita di Dewan Rakyat bernilai RM11,916 setiap satunya, atau hanya kurang RM84 untuk menjadi RM12 ribu. Komputer yang didatangkan dengan kebolehan skrin sentuh bernilai sehingga RM11,233 setiap satu, dan tambahan RM320 dibayar untuk papan kekunci dan juga tetikus, selain RM363 untuk hard disk 80GB.
Komputer tersebut baru sahaja dipasang, iaitu sebelum sidang parlimen yang bermula Oktober 19 tempoh hari. Komputer tersebut dipasang untuk kesemua 222 wakil rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,645,352. Ini memperlihatkan yang mana perbelanjaan untuk komputer yang dilakukan tidak masuk akal sama sekali.
Yang menjadi persoalan adalah mengapa pihak parlimen terlebih dahulu tidak melakukan kajian sebelum membuat pembelian, dan adakah semua pembelian dilakukan buta-buta oleh mereka dengan menggunakan wang rakyat?
Melalui harga barangan komputer terkini, kita dapat lihat harddisk berkapasiti 160GB hanya bernilai RM135, manakal untuk wang yang parlimen belanjakan, mereka boleh dapat harddisk Seagate SATA2 berkapasiti 1TB dan masih boleh menjimatkan wang sebanyak RM63. Malah, harga tetikus dan papankekunci tanpa jenama boleh diperolehi pada harga bawah RM20.

Apple iMac 27-inch
Apple iMac yang didatangkan dengan monitro 27-inch, processor 2.66GHz Intel Core i5, memori 4GB, harddisk berkapasiti 1TB, Apple Magic Mouse, ATI Radeon HD 4850 grafik dengan 512MB semua hanya berharga RM6999 dan sekiranya beli dalam kuantiti banyak, mungkin ianya masih boleh dikurangkan.
Kemaskini : Ianya dikatakan bahawa selalunya pembelian barangan oleh kerajaan akan disertakan sekali bersama-sama dengan sokongan dan maintanence.
Via : TheStar
31 Komen
Tinggalkan Komen Anda
hahahahaa..mcm biase laa..kroni…mark up laaa..alasan?duit lmbt dpt..tu la kalo ko tgk mostly supplier2/provider2 govt ni akan pakai kereta mewah &rumah bungalow paling kurang 5 tahun..hahahaha..aku ckp ni sbb ini realiti..sbb kwn2 aku byk yg mcm nie..lagi2 supplier IT ni..lagi la masyukkkk…
masa nk masuk tender pun dah beratus2 company nk compete..so kroni lah akan menang..
ni kang aku komen lebih2 pun nnt sia2 je masuk ISA..baik diam je.huhu..
tp ni la kerajaan kita..tu baru komputer..kalo lain..xpayah ckp laa..baik kasi kat rakyat yg memerlukan ni..hmmm…..
sangaaat siot…. nnt ade baling2 komputer lak dalam parlimen tu. kalu setakat nak bersidang guna netbook pun dah cukup… berlagak betoi la dorg….
boo to them~
Bangang siot…hard disk 80gig pun rm300 lebih…
rm12k bleh beli pc gaming alienware paling top dah tu…aku rasa mesti kompeni2 kroni yg supply brang2 komputer lepas tuh diorang caj harga cekik darah punya…
membazir tahap melampau…
amat tidak relevan sama sekali harga tu, apakah parlimen Malaysia bina satu sistem komputer yang unik sepertimana sistem komputer untuk NASA ataupun kerajaan Amerika?
Jika sistem skrin sesentuh yang menjadikan nilai sistem komputer itu semahal itu, namun pada spesifikasi yang amat ketinggalan zaman; jelas kerajaan membuat satu keputusan yang tidak tepat.
Namun Aman, sumber berita ini?
p/s: tunggu pengumuman rasminya nanti, kes ni pasti jadi hangat.
rujuk penghujun artikel. =D
adoyai..tak perasan..hahaha XD
Pada aku depend on SLA (Service Level Agreement) dengan jangka masa maintenance. So far aku tgh government dah start mintak sokong 3 tahun and maybe untuk projek ini even lebih daripada 3 tahun (jangkaan sahaja).
Cuba bayangkan jika LCD tu brand A*** and A*** hanya melimitkan waranti hingga 1 tahun. Untuk 2 tahun selebihnya vendor perlu menanggung semua kos baikpulih and kalau lagi teruk 1 to 1 replacement.
hohoh ok la tu… upah install.. windows 7 je dah 500++ hohoho microsoft office 300++ mana tau kot2 ada adobe punya software ke.. da 1k++ hahaha tu software touch screen tu mahal tu.. hahah termasuk.. duit minyak.. duit kopi.. upah overtime.. tukang pasang.. hahaha
ok lah tu kalau anda tak suka , orang lain suka , orang lain pun rakyat jugak
Hehe. Memang masyuuk deal dengan gov nih. RM12 ribu boleh beli PC gaming 3 bijik la paling mahal kalo klon nye PC. Siap boleh beli grafik kad yang harga seribu lebih.
Sebelum saya komen mahal atau tidak. Komputer dipasang di parlimen untuk apa? Tak nampak relevannya memasang komputer berharga hampir RM12 ribu….
Kita rakyat Malaysia jarang mempersoalkan duit yang dibelanjakan kerajaan. Sedangkan, itu duit pembayar cukai…
wow…
abis duit bapak aku…
kuang ajar nye kerajaan…
nk gne utk sidang je…
bkn utk lwan counter strike..
amik full set hp je RM4000 kalo xnk amik klon…
kalo bg kt org miskin dh xde masalah kmiskinan kt malaysia ni…
dia orang guna server sorang satu kot
selalunya belian terajaan akan termasuk maintenance dan saport . dan bukan harga pc sahaja . ..
kalau betul kos tu termasuk maintenance sekali, kita kena lihat tempoh maintenance tersebut. Apa maintenance yang diliputi, setakat update windows, update antivirus, rasanya mustahil harganya boleh sebegitu tinggi, melainkan kalau maintenance tu termasuk upgrade dari segi software dan hardware untuk satu tempoh 5 tahun contohnya. Itu masuk akal.
Hahahah.. Realiti ianya betul… cth nye mcm aku, nama sahaja tech komp GOV tpi bila Vendor just datang Lap2 pc Cas RM80, buat preventive maintenance, install software mcm CCleaner dan etc.. dah kena lagi RM80,baik duit tuh kasi aku..huhuh penat2 buat bila vendor dtg just tanya dah buat preventive maintenance, kalo aku ckp dah alamat nya buta2 dia dpt RM160, 1 sekolah ada mcm aku 90+- baru desktop,Laptop 30+-, itu baru satu sekolah.. kalo dia cover satu negeri hahahaha, masyuk2, baru2 nih ade peruntukan 5ribu setiap sekolah. ade Vendor nih boleh kasi 10biji mouse n 10biji Keyboard n 10 perisian Antivirus.. WOW 5ribu buta dpt tuh..tuh nasib xkena kat sek ku, dah la sek tuh pc ade 40biji kat makmal.yg ok tinggal 5 je.. itu la Realiti keadaan sebenarnya.. itu baru di sekolah kalo parlimen lagi masyuk rase nya..
ada masuk poket sapa2 ni… Mana la tau kan… hohoho… tapi harga mcm tu, xmasuk dek akal langsung…
X masuk akal lnsung..nk kte kate kene ketuk mgkin..diorang gune kmputer bkan nk maen game..stakat tgk2 dokumen je..pcr aq kt uma adik aq maen game lau kalah dtekan2 button enter kuat2 tp xrosak plak pc aq..stakat nk update antivirus kan ad yg automatik scedule pnye..
yg aq tgk wakil rakyat ni mcm brilmu tpi nk gune kompeter pown xreti..
Adoi, parlimen tak perlu PC power2 ni.
Bagi PC Atom atau Celeron sudah, lagipun just untuk berparlimen jerh, bukan untuk editing, gaming.
Kalau termasuk kontrak servis pun, takkan mahal sampai macam tu.
Atau, orang kerajaan kena tipu buta2 dengan supplier ni?
Fikir-fikirkanlah.
http://arib2020.blogspot.com
-Arib-
Windows 7, PC ada dipermudahkan.
kalo saya anak tukang pasang komputer tu: rilek la…baru 12k…kesian la kat bapak saya install
kalo sy rkyt bertangung jawab: tukar kerajaan!!
Berniaga mcm ni la, kalau dia boleh jual satu bijik pen drive RM1k pun, itu rezeki dia. Apa kata yang lain pulak cuba duduk kat tempat dia. Mampu ke nak upfront cash beli brg2 tu dan benda sampingan sebelum terima bayaran. Renungkan…
Itulah jadi kalau orang2 gomen ni buta teknologi.. no wonder sebab semuanya dah tua2. Hehehe. Yang dapat tender supply pc tu, sure gelak guling2 melihat kebodohan mereka.
bapaknya, klu camtu kena tunggu dorg lelong nnt. hehe…maklumlah, barang kerajaan akan di jual bila nak tukar baru. boleh la org yg tak kemampuan cam kita ni beli. hehe
bagus ler parlimen nie…
lepas ni kalau tak puas hati jer on counter strike dan kemudian lawan 1 sama 1…haha
siap bleh lawan secara “sentuh2″ lagi, lebih mesra…bleh tampar2 skrin tu…yeler touch skrin ler katakan…
sambil tgh debatkan masalah rakyat bleh update facebook dan twitter…
yeler PM kita kan dh ada fesbuk dan twitter…kena ler update kan walaupun…
terima kasih kpd kerajaan kita yg akan bising2 bila tidak melibatkan mereka, dan akan senyap bila melibatkan mereka…bagus…tahniah…
suruhanjaya tu takde rasa nak buat keje ker?
belum kena suruh kot…hehe
kita tgk mac ni dorang nk pkai smpai bila,sat lg dorang ckp susah la pkai mac ni,bla2..,bli pc pulak berharga 11k.duet sape tu?
btw,im mac and pc user.dua2 aku layan
mungkin mereka boh xp dalam mac tu.keh3
klo mcm ni hrg pc kat plimen, 12K satu blh beli 6bijik untuk anak2 yg nak sambg bljr…
Itu kos untuk barang dan pemasangan ajer, untuk maintenance biasanya kira lain. Kenapa, tak percaya? I know la.
ak tfkr gak…. mmg agak mhl… klu ikot hage yg amanz provide, total just dlm 1.6 juta utk 222 unit… tp klu hage tu x msk utk networkng, internet and maintanence mmg agak melampau la….
Dah tentu sekali harga itu termasuk networking itu semua. Dengan kata lain itu kos untuk one-time setup. Maintenance seperti monthly check-out atau lain-lain tentunya dikira kos lain.