12Nov

Saladin Bakal Di Tayangkan Ramadhan Akan Datang

Lain-lain

Dunia animasi negara terus maju dari masa ke semasa. Jika sebelum ini, kita ada animasi Upin dan Ipin yang mana ditayangkan setiap kali bulan Ramadhan, kini siri animasi Saladin bakal mengikut jejak mereka dengan menayangkan siri rancangan mereka pada bulan Ramadhan akan datang.

Projek usahasama MDec yang dibangunkan di Qatar ini memulakan produksi mereka pada tahun 2004 dan menerima pelbagai maklumbalas positif, dan menariknya, mereka kini dalam peringkat akhir pembangunan animasi musim pertama mereka iaitu sepanjang 13 episod.

Sebelum ini, mereka telah memperlihatkan satu trailer ringkas dan dua episod Saladin yang mana telah membuatkan ramai jatuh hati padanya. Namun tiada sebarang berita kedengaran sejak daripada itu. Pada masa yang sama, pihak produksi Saladin juga sedang dalam perancangan untuk membuat filem Saladin, dan sedang mencari skrip cerita yang menarik.

Saladin ialah sebuah projek animasi yang diilhamkan daripada riwayat Salah Al-Din Yusuf Ibni Ayub, wira Islam yang menyatukan para Muslimin menghadapi Perang Salib pada abad ke-12. Siri ini diterbit oleh Multimedia Development Corporation (MDeC), Malaysia. Adaptasi kisah Saladin yang asalnya dirancangkan sebagai filem cetera ini, sebaliknya dijadikan siri animasi TV sepanjang 13 episod. Penerbitan bermula pada bulan Mei 2004 dan sebuah treler enam minit pernah dipratayangkan ketika sambutan ulang tahun ke-10 Koridor Raya Multimedia pada bulan April 2005. Dua episod terawal disiarkan di Astro Ria sebagai previu pada September 2007. [via]


Pemfailan Cukai Melalui Telefon Pintar Pada Tahun Hadapan
Penggunaan Tenaga Bunyi Untuk Mengecas Telefon Diperlihatkan
Jalenas Melancarkan Perkhidmatan Omni
Berjayakah Perkhidmatan MyEmail Dilancarkan Pada Bulan Julai Ini?
Pengguna Malaysia Paling Aktif Menggunakan Rangkaian Sosial Di Asia Tenggara

7 Komen

  1. syinrayafa pada 12 Nov 2009

    penantian yang ditunggu2…music background dia best….

  2. Rjuna pada 12 Nov 2009

    yeah Saladin dulu tgk 2 episod previu best jugak, skang Malaysia dah ada 3 animasi best Upin & Ipin, Saladin n akan datang BoBoiBoy

  3. Lady Nass pada 12 Nov 2009

    ramadhan akan datang ke? lama lagi..ni yg tak sabo nak tunggu ni..!

  4. mohdisa pada 12 Nov 2009

    erk, mcm pernah tgk je dia nyer trailer. tp di mana yerk. ades

  5. AK pada 12 Nov 2009

    dah 3 tahun dah nmpak trailer dyer..

  6. Nikuve pada 12 Nov 2009

    tgok dah cerita (pendek), not bad.

  7. NH pada 06 Dec 2009

    akhirnya…ak lme dh nk tgok cter nie..tp xdpt2..huhuhuhu..memg best


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader