14Nov

Status Facebook Tidak Lagi Membolehkan Pautan Keluar

Web 2.0

Jikalau sebelum ini kita boleh berkongsi URL pada status Facebook, nampaknya kini fungsi tersebut sudah tidak lagi boleh digunakan. Kini, sebarang link yang dikongsikan pada Facebook dipaparkan sebagai teks biasa, tanpa sebarang pautan padanya.

Facebook Status
Pautan Di Perlihatkan Sebagai Teks Biasa

Ianya masih tidak diketahui tujuan Facebook menutup fungsi tersebut, tetapi ianya mungkin berkait rapat dengan pengurangan SPAM dan sebagainya. Sebelum ini, terdapat beberapa pihak yang mengaitkan akaun Facebook mereka dengan akaun Twitter, dan menyertai beberapa program pengiklanan di Twitter, sekaligus memaparkan iklan tersebut pada Facebook tanpa sebarang kos tambahan.

Facebook Link
Fungsi Perkongsian Pautan Pada Facebook Memaparkan Lebih Info

Pada masa yang sama, bagi yang ingin berkongsi pautan pada Facebook, anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan fungsi terbina pada Facebook, iaitu dengan memilih perkongsian pautan. Melalui fungsi tersebut, ianya akan memperlihatkan sedikit kandungan daripada laman web yang anda berkongsi, sekaligus mengurangkan kadar SPAM pada Facebook.

Kredit kepada Sere Senok. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus


MalaysiaKini Menguji Rekabentuk Laman Yang Baru
Facebook Memperkenalkan Rekabentuk Feed Baru
MalaysiaKini Menjadi Mangsa DDOS, Kini Menggunakan Facebook Dan WP.com
WordPress 3.3 Akan Membawakan Sokongan Drag-Dan-Drop Untuk Muat-Naik Media
UiTM Memperlihatkan Sokongan Pengambilan Kedatangan Tanpa Wayar - WMAS

10 Komen

  1. paeh pada 14 Nov 2009

    tak best langsung. FB makin ngarut pun ada. hahaha

  2. Khai pada 14 Nov 2009

    Gosh! Perkara paling aku x boleh nak terima dah jadi kat Facebook…. =.=’

  3. zala wajik pada 14 Nov 2009

    geli dowh fb skrang.

    aq buka rc je skrang…

  4. Anarm pada 14 Nov 2009

    bye2 fb~

  5. megat pada 14 Nov 2009

    begitulah kisahnya. bukan nak terima kasih sebab beberapa blogger dok promote dia. pasti menjadi suatu perkara yang menyeksakan bagi blogger.

    silet betullah FB. bye bye la jawabnya.

  6. Mus pada 14 Nov 2009

    nampaknya… makin suramlah fb ni nanti

  7. titan pada 14 Nov 2009

    yup. tadi aku try. Tak boleh. Bengang tol dibuatnya..

  8. Adney pada 14 Nov 2009

    mari beralih ke connection.my pule..benci sungguh FB.. huhu.. Mark jahat!

  9. Rjuna pada 15 Nov 2009

    Tapi di facebook lite masih boleh pakai, kalau tweet link bit.ly masih berfungsi, jom kawan2 pakai facebook lite je sudah

  10. mohdisa pada 15 Nov 2009

    patut la aku kena copy paste kalau nak tgk pautan kawan2. ades, semak betul la.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader