• Tiada Bold 9000 dan Nokia N97 Mini Esok

    Bagi yang ke DiGi Internet Bonanza hari ini mungkin berasa kecewa kerana kesemua gajet yang ditawarkan habis dijual, melainkan hanya Modem. Walaubagaimanapun, DiGi tetap menawarkan gajet yang serupa, namun kini mereka turut memberitahu berapa unit akan dijual esok.

    DiGi Bonanza
    Tawaran DiGi Untuk Esok

    Untuk hari Sabtu, iaitu esok, DiGi menawarkan sebanyak 800 unit Modem Broadband DiGi pada harga RM1 setiap satu, 44 unit BlackBerry Curve 8900 pada harga RM99 setiap satu, dan juga 31 unit HP Mini Netbook pada harga RM399 setiap satu. BlackBerry Bold 900 dan juga Nokia N97 Mini tidak ditawarkan esok kerana kehabisan stok.

    DiGi Internet Bonanza yang berlangsung daripada 12 hingga 15 November 2009 ini berlangsung di 1Utama menawarkan gajet-gajet menarik kepada para pengguna pada harga yang amat rendah. Untuk menjayakan perkara ini, DiGi Telecommunications Sdn Bhd memperuntukkan sebanyak RM1 juta dalam bentuk gajet berkaitan internet yang mana boleh dibeli dengan harga diskaun serta rebat yang amat menarik.

9 Komen

  1. izzat on 13 Nov 2009

    kalau macam ni la promosi Digi, boleh lingkup Celcom ngan Maxis..haih, bila la pulak Maxis nak wat benda sama..hehe

  2. paeh on 13 Nov 2009

    gila rancak digi pomot….

  3. Gobi on 13 Nov 2009

    kat 1utama je ke?

  4. loq on 13 Nov 2009

    pergh gila murah…!!!!!
    tapi walaupun murah aku takkan beli digi broadband..haha

  5. mrkaizer on 13 Nov 2009

    Laju ke?coverage dia ok ke?Syarikat besar mcm celcom ni pun kantoi.

    • xflixz on 13 Nov 2009

      buat mase ni mmg aku puas hati ngan digi.die tak la laju sgt..tapi stabil laa..mcm contoh aku amik pelan discover rm58 (promo rm48),average aku dpt 1mbps lebih..paling kurang pun 700kpbs aku dpt..upload pun stabil giler..200kpbs..kalo test kat speedtest mmg smooth uplaod ngan downlaod die..

      tp maybe sbb DiGi tak open 3G line die kat public lagi kot..nnt da lame2 slow gak kot..tp kite tgk la nnt..

      tp mmg best sbb time peak hour(8mlm-12tgh mlm) DiGi still stable..

  6. Dr House on 14 Nov 2009

    Fuyoo… macam goreng pisang panas.

  7. titan on 14 Nov 2009

    ehm..kalau stabil. pakai aje. Aku masih lagi guna streamyx. hehe..


Tinggalkan Komen Anda