09Nov

Tiga Lagi Pusat Siber MSC Malaysia Akan Di Bangunkan

Lain-lain

Selain daripada 10 pusat siber MSC di Lembah Klang buat masa ini, tiga lagi lokasi terpilih di Lembah Klang akan terpilih dan dibangunkan sebagai MSC Malaysia CyberCenter, iaitu di Persoft Tower di Petaling Jaya, serta GTower dan juga Bangsar South City di Kuala Lumpur.

MSC Malaysia
Pusat Siber MSC Malaysia di KL Sentral

Ianya dikatakan salah satu cara untuk mevariasikan dan memberikan lebih banyak pilihan kepada syarikat dan organisasi yang ingin menjadi sebahagian daripada MSC Malaysia. Buat masa ini, terdapat lebih 10 pusat siber di Lembah Klang, serta enam pusat siber MSC di negeri-negeri lain, termasuk Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Perak, Johor dan juga Pahang.

Pusat siber ini dibangunkan oleh MSC Malaysia dengan hasrat untuk memberikan persekitaran dan ekosistem menarik untuk menarik para pelabur di bidang ICT, serta mengalakkan penumbuhan industri ICT negara.


Pengumuman: Ucapan Raya & Langganan Buletin Harian Amanz
Coopown Menawarkan iPad 2 Dan Galaxy Tab Sebagai Hadiah Pra-Pelancaran
Perbincangan Berkenaan Akta SOPA Dan PIPA Ditamatkan
Politeknik Ibrahim Sultan Memperlihatkan Kawalan Suis Menggunakan Internet
Aplikasi Android Untuk Amanz Dilancarkan - Dapatkannya Hari Ini

3 Komen

  1. mytshirt2u.com pada 09 Nov 2009

    menarik juga..kajang xde ke?hehe

  2. fadzioriq pada 09 Nov 2009

    apa guna cybercenter nih erk? opis ke datacenter?

  3. mohdisa pada 09 Nov 2009

    aha, apa fungsi sebenarnya? tak faham aku. hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader