13Nov

Twitter Bernilai Lebih $600 Juta?

Web 2.0

Twitter sering dikaitkan dengan beberapa ura-ura penjualan syarikat tersebut, seperti hendak dijual kepada Apple, Google dan sebagainya. Selalunya yang menjadi tanda tanya, adalah berapakah nilai Twitter kini? Suatu kajian ringkas mengatakan yang mana Twitter bernilai lebih kurang $600 juta.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Nextt Up Research, mereka mendapati servis blog-mikro ini berharga lebih kurang antara $526 juta hingga $674 juta, berdasarkan angka pengguna mereka yang mana lebih daripada 70 juta pengguna. Pada masa yang sama juga, mereka mensasarkan yang mana Twitter akan dapat menjana lebih $114 juta pada 2013, dan lebih $126 juta menjelang 2014.

Walaubagaimanapun, ianya hanyalah berdasarkan anggaran semata-mata dan laporan yang lebih jitu dijangka akan dikeluarkan menjelang awal tahun 2010, selepas Twitter mengumumkan pendapatan mereka secara rasminya.

Tips oleh MohdIsmail. Hantaran tips anda kepada @AmanFirdaus


TanyaSoalan.com - Laman Soal Jawab Umum Di Lancarkan
Twitter Trends Kini Menyokong Malaysia
Facebook Memperkenalkan Sokongan Sembang Berkumpulan
Facebook Bakal Melancarkan Perkhidmatan Muzik Pada 22 September?
Facebook Dilaporkan Sedang Bekerjasama Bersama HTC Membangunkan Telefon Facebook

8 Komen

  1. Adney pada 13 Nov 2009

    aku kurang bermain twitter sejak aktif di FB..

    • ikoko pada 17 Nov 2009

      boleh juga kita update twitter sambil auto update facebook :)

      tapi kadang-kadang, hati melonjak2 jugak nak tau perkembangan member2 dan adik-beradik.. hohoho.

  2. Daus pada 13 Nov 2009

    Wowwww!!!
    Mahalnya twitter, agak² facebook berapa juta erk?

    • Adney pada 13 Nov 2009

      Facebook bernilai lebih 1 billion (MYR)

  3. akmalhisyam pada 13 Nov 2009

    pergh!
    bapak mahal twitter..

  4. mrkaizer pada 13 Nov 2009

    baik dia jual kat apple,mesti lebih berenovatif aplle buat nanti.Blog amanz berapa pulak harga klu betul2 jual..:)

  5. titan pada 14 Nov 2009

    huhu. kaya. kaya diorang..

  6. zirul pada 16 Nov 2009

    baik aku beli banglo dari beli twitter….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader