Ujian Internet Berkelajuan Tinggi Pertengahan Bulan Ini
Malaysia tidak lama lagi akan memperkemaskini dan memperkenalkan infrastuktur komunikasi yang terbaru, dimana lebih 1.2 juta perumahan dan premis bisnes akan disambungkan dengan kabel fibreoptik yang membolehkan sambungan internet berkelajuan antara 10Mbps dan 1Gpbs digunakan. Buat masa ini, sambungan internet paling pantas adalah sehingga 4Mbps.
Perdana Menteri kita, Najib Razak telah pun mengumumkan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi yang mana bakal menyediakan suatu platform untuk pembangunan aplikasi berasaskan ICT, selain membolehkan pengguna, bisnes dan juga agensi kerajaan mengguna-pakai dan bersaing dengan yang lain dengan lebih efektif lagi.
Sebelum ini, beberapa pelabur dikatakan tidak berminat melabur di Malaysia disebabkan kadar kelajuan jalur lebar di negara ini masih pada tahap rendah, dan kurang memuaskan. TM juga baru-baru ini dikatakan sudah sedia menggunakan kabel bawah tanah yang menghubungkan rantau Asia Tenggara dengan Amerika Syarikat sepanjang 20,000 km yang menyokong kelajuan sehingga 500 gigabit per saat.
Pada masa yang sama, beberapa info dalaman Telekom Malaysia mengatakan yang mana TM akan membuat ujian untuk 100 pelanggan terpilih di kawasan Taman Tun Dr Ismail dengan menyediakan internet berkelajuan tinggi selaju 10Mbps.
Kemaskini : Kawasan Wangsa Maju kini sedang dinaik-taraf dengan aplikasi-aplikasi terkini yang menyokong sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi ini, dan dijangka akan memperkenalkan servis jalur lebar berkelajuan tinggi ini pada bulan Mac 2010.
Tips oleh Senok. Hantarkan tips anda melalui Twitter kepada @AmanFirdaus
11 Komen
bila shah alam!!
Kenapa TTDI? T____T
Wangsa Maju pun tgh naik taraf gak. Huhu.
Plaza Vads kan kat TTDI, senang diaorang nk bg customer support…
wangsa maju? wah, tak sabar nak balik sana la camni. hehe
ntah bile la mesia nak laju.. bapak lembab nyer.. org negare sebelah dah laju, dok sini x laju2..
saba….~
nak cpat wat sendri tgk..
ye betul tuh…sabar…negara yang ada speed tuh suma negara kecik cam singapore, taiwan etc…msia besar~ neway, tahniah malaysia~
Salam..
Dari dulu dok dgr dia org crita pasal fibre optik la nih baru menjadi… apa2pun kita tunggu dan lihat jerlah…. yuhooooooooo!!!!
shah alam bila lagi…aaaaaa..
ni yang tetiba je rasa macam nak mintak stimix upgrade semua 384kbps kepada 1Mbps atau 3Mbps, tapi harga minta dikekalkan..
tak guna kalau sampai 1Gbps sekalipun, tapi bayaran semakin mahal.
tapi rasa makin murah kot nanti.. insya-Allah