28Nov

Sokongan Suara dan Sentuhan Pada Windows 8

Microsoft

Walaupun buat masa ini Microsoft masih belum bercakap berkenaan Windows 8 kepada umum, beberapa berita kedengaran mengatakan Windows 8 yang bakal dilepaskan pada 2012 kelak. Windows 8 kelak dikatakan bakal membawa evolusi antaramuka sekali lagi dengan beberapa penambahan menarik.

Windows 7 memperlihatkan evolusi antaramuka daripada Windows Vista, yang mana antaramukanya diperkemaskan dengan prestasi yang amat menggagumkan sekali. Windows 8 dijangka akan berevolusi lagi sekali dengan membawakan NUI/GUI generasi baru, dengan bukan sekadar sokongan sentuhan, tetapi lebih daripada itu.

Buat masa ini, ianya masih belum diketahui yang mana Windows 8 akan digunakan sebagai nama kod untuk sistem operasi Windows yang baru kelak, tetapi, buat masa ini, ramai memanggilnya dengan menggunakan nama kod tersebut. Ianya juga dikatakan bahawa selain daripada sentuhan, Windows 8 juga akan membawakan sokongan suara dan ucapan sekali.


Masalah Yahoo! Messenger Pada Windows 7
Microsoft Office 2010 Mencapai Fasa RTM
Windows 8 Akan Memperkenalkan Sistem Fail Protogon?
Microsoft Mengesahkan Kehadiran App Store Pada Windows 8
Perbandingan Antara Tablet Windows 8 Dan iPad iOS 5 Diperlihatkan

3 Komen

  1. Qubezo pada 28 Nov 2009

    Ucapan tu bukan Windows 7 pun ada ke? Cuma dia tak sensitive sangat. Lagipun masih ada banyak kelemahan. Harap2 Windows 8 ni akan kekalkan interface yang simple dan sleek macam WIndows 7.

  2. Arib :) pada 28 Nov 2009

    Wah!
    Lepas ni nk kawal PC guna suara lah nampaknya :D

    Hmm, harap2 sambutan Windows 8 ni sama seperti Windows 7, janganlah seperti Windows Vista.

    The Personal & IT Blog:
    http://arib2020.blogspot.com

  3. Spatt pada 29 Nov 2009

    voice recognition system?toksahle…kang jadi macam satu scene dalam 2012..hoho


Tinggalkan Komen Anda