21Nov

Windows 8 Di Pasaran Menjelang 2012

Microsoft

Baru sahaja sebulan sejak Microsoft melepaskan Windows 7 kepada umum, dan melalui maklumat yang didapati daripada Microsoft, ianya kelihatan yang mana versi seterusnya sistem operasi mereka akan dapat dilihat dalam tempoh masa tiga tahun lagi, iaitu lebih kurang pada tahun 2012.

Win 8 Timeline
Latar Masa Sistem Operasi Windows

Melalui Windows 8 selewat-lewatnya pada tahun 2012. Ianya maih lagi lama lagi, dan para pengguna yang sudah pun melangakui Windows Vista sebelum ini, mungkin tidak akan menunggu sekian lama untuk sistem operasi Microsoft yang terbaru, dan mungkin akan mencuba Windows 7. Microsoft sendiri mengumumkan yang mana Windows 7 amat laku, dan dijual dengan amat laju sekali buat masa ini.

Buat masa ini, info-info berkaitan Windows 8 masih belum kelihatan lagi. Namun begitu, ianya diketahui yang mana Windows 8 kelak hanya akan membawakan sokongan untuk komputer 64-bit sahaja, dan akan membawakan sokongan sehingga 128-bit. Berkemungkinan besar, Windows 7 adalah sistem operasi versi 32-bit terakhir daripada Microsoft.”


Microsoft Integrasi Facebook Pada Live
Microsoft Menlo Sebagai Ganti Windows Pada Tablet?
Microsoft Security Essentials Mencecah Versi 2.0
Microsoft Memperlihatkan Windows 8
Microsoft : Kemaskini Mango Dalam Seminggu Dua Lagi

9 Komen

  1. affuan pada 21 Nov 2009

    7 punya pun belum cuba, ini, dah ada yang terbaru? Adei..

  2. impiety pada 21 Nov 2009

    baru windows 7 kuar, dah nak kuar yg lain lak

  3. Farid Zenon pada 21 Nov 2009

    Banyak ulasan positif tentang windows 7, windows 8 bakal beranak seperti Windows ME, Windows 2000 dan Windows vista dilahirkan didalam keadaan tidak cukup bulan.

    Jangan terkejut windows 8 bakal tak cukup bulan kerana genetic kelahiran terdahulu sudah membuktikan kelahiran pra matang produk windows yang cuba cut coz plan akan datang yang munggkin mengguntingkan windows.

    Buat produk bunyinya sedap untuk pelabur tabur $$$$ = pelabur sudah untung sikit,user tetap beli Microsoft tetap untung
    Baiki produk seperti Windows XP dan Windows 7 pelabur tak banyak user beli sebab stabill $$$ = Micrsoft kalau untung lagi banyak sebab saham diorang pegang, user tetap beli, Microsoft tetap untung

    p/s Buat masa sekarang produk windows yang aku guna Tetap Windows XP. grafik Windows 7 terlampau dialam matrix tetapi tetap xp look a like inside.

  4. Omar pada 21 Nov 2009

    Akan muncul…tapi mungkin akan dengan menggunakan nama lain dan bukannya Windows 8. Sama gak cam Windows 7, dulu orang panggil Windows Blackcomb, Windows Vienna dan sekarang ni keluar nama Windows 7

    tunggu dan lihat….

  5. Adney pada 21 Nov 2009

    Typo error aman… betulkan.. hehe..

    [Qoute]Ianya maih lagi lama lagi[/Qoute]

  6. mohdisa pada 21 Nov 2009

    win7 pun tak abis explorer lagi dah nak pasarkan win8 plak. best ni. 2012 yerk, sempat aku beli alienware sebijik boleh pakai win8. hehe

  7. hazman aka species1980 pada 23 Nov 2009

    Kena tengok dulu komentar sesiapa yang dah guna window 7…. baru la nak tukar nanti…

  8. Hafidz pada 24 Nov 2009

    Baru berangan nak pakai Win 7…. Huhu =P

  9. AK pada 24 Nov 2009

    dulu mase kluaq vista.. bukan maen org kutuk.. lembab la aper la.. takut2 perkara nie terjadik pd windows 8


Tinggalkan Komen Anda