25Nov

Yahoo! Memperkenalkan SearchAssist Serba Baru

Yahoo!

Walaupun pada fasa terakhir dalam pembincangan kerjasama Yahoo!-Microsoft, Yahoo! terus menginovasikan enjin carian mereka dari masa ke semasa untuk memberikan pengalaman menarik pada penggunanya. Terkini, mereka memperkenalkan fungsi baru pada Search Assist.

yhoo
Carian “YHOO” Memaparkan Saham Semasa Yahoo!

Melalui inovasi yang dibawakan oleh pihak Yahoo! ini, para pengguna dapat melihat informasi dan kandungan yang berkaitan carian mereka secara terus ketika kata kunci sedang ditaip. Ianya dipaparkan melalui fungsi Search Assist, dimana sebelum ini, ianya memperlihatkan kata kunci yang berkaitan dengan kata kunci yang sedang ditaip.

mail
Carian “Mail” Membolehkan Anda Mengakses Laman Y! Mail Dengan Lebih Pantas

Buat masa ini, informasi berkaitan pasaran saham, sukan, pelancongan dan wayang boleh dilihat dengan mudah melalui Search Assist. Selain daripada itu, Search Assist juga membolehkan anda melayari laman Yahoo! yang lain dengan mudah dan pantas lagi. Buat masa ini, hanya segelintir pengguna sahaja yang dapat melihat fungsi ini, dan ianya bakal diperkenalkan kepada ramai tidak lama lagi.


Y! Mail Kini Secara Offline Melalui Zimbra
Salam Aidilfitri
Integrasikan Akaun Flickr Dan Twitter Dengan Mudah
Keutamaan Yahoo! Sepanjang Tahun 2010
Yahoo! Ingin Menjadi Hab Sosial Melalui Y! Pulse

10 Komen

  1. mohdisa pada 25 Nov 2009

    saya setia kepada encik google. :P

  2. KlikDapatWang pada 25 Nov 2009

    Saya pun.. : )

  3. foxcruel pada 25 Nov 2009

    wink111

  4. paeh pada 25 Nov 2009

    google lg besh…

  5. Zairi Zaidi pada 25 Nov 2009

    Wow, nampak canggih.
    Tapi Google tetap menjadi pilihanku….

  6. mesticun pada 26 Nov 2009

    Canggihnya yahoo! carian serba baru.
    mesti google tak boleh lawan punya.

  7. alone pada 26 Nov 2009

    menarik. walaupun Google menjadi pilihan ramai, inovasi dari search engine lain memberi kita banyak pilihan untuk dicuba =p

  8. zuwairiaiman pada 26 Nov 2009

    aku rase dua2 best… y! ngn G

  9. aizuddimanap pada 26 Nov 2009

    aku rasa satu ari nnti,tutup jugak yahoo nih.keh3

  10. mazudi pada 26 Nov 2009

    Inovasi yang baru ni.
    Tapi memang la, Yahoo! ni untuk orang lama yang masih setia dengannya.
    Generasi baru ni lebih pada pakcik Google


Tinggalkan Komen Anda