13Nov

Yahoo! Messenger 10 Di Lepaskan

Yahoo!

Yahoo! baru sahaja melepaskan Yahoo! Messenger 10 versi penuh kepada umum. Pembangun Yahoo! telah membangunkan Yahoo! Messenger 10 ini sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini membawakan versi stabil yang mana turut menyokong penuh Windows 7.

Yahoo! Messenger 10
Tab Updates Di Perkenalkan Pada YM! 10

Secara asasnya, Yahoo! Messenger 10, masih mengekalkan rekabentuk yang lebih kurang sama seperti Yahoo! Messenger 9, tetapi, beberapa fungsi baru telah ditambah, membuatkan YM kini makin menarik. Salah satu fungsi yang paling dinantikan adalah dimana melalui YM! 10 ini, Yahoo! membolehkan para pengguna membuat panggilan video pada masa-nyata dengan kualiti video dan audio yang bagus. Fungsi panggilan video membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan anda dalam keadaan skrin penuh, dan mengalami pengalaman membuat panggilan video yang menarik sekali.

Selain daripada panggilan video, YM! 10 juga membawakan tab terbaru yang dipanggil sebagai Updates, yang mana diperlihatkan sebelah tab Contatcs. Melalui tab Updates, anda boleh lihat kehidupan sosial rakan-rakan anda, dan kemaskini semasa mereka daripada laman-laman seperti Twitter, Flickr, Last.FM dan banyak lagi. Dengan ini, anda boleh berhubung dengan rapat lagi bersama-sama dengan rakan anda, dan mengikuti perkembangan mereka dengan mudah.

Anda boleh memuat-turun Yahoo! Messenger 10 sekarang, dan mencubanya sendiri.


Yahoo! HotJobs Kini Menjadi Milik Monster
Yahoo! Ingin Menjadi Hab Sosial Melalui Y! Pulse
Yahoo! Mulakan Ujian Bersama Dengan Microsoft
Kini, Lebih 500,000 Pengguna Aktif Di Koprol
Yahoo! Memperkenalkan Search Direct

7 Komen

  1. EiNS pada 13 Nov 2009

    Ketinggalan btol Yahoo…patutnya diorang upgrade la UI tuh…nie dari versi 7,8,9,19 ui tetap hudus…interface zaman xp lagi…elok2 develop ym vista dgn intterface yg cun tetiba dorang stop…hampa betol…

    skang ramai lg suka guna WLM, Digsby dan Trillian berbanding YM…

  2. paeh pada 13 Nov 2009

    tau xpe… tgk cam goolge… dah rancak gile… skang dgn Gwave lagii… wohoho… Yahoo slow sikit… tapi masih ramai sukekannya… tak faham…

  3. Zik pada 13 Nov 2009

    saham yahoo jatuh teruk la tu.. sejak menjak google ambil ahli kuasa internet. microsoft susah nak bersaing sbb google membawa idea pengguna menjadi realiti sama sekali beb! apa saja idea baru google akan tangkap muat dulu dgn pantas, saham depa tinggi gila sampai susah nak lawan balik.

  4. od3n pada 13 Nov 2009

    aq gune ym versi 3.0 beta lagi nie ha.. lek je

  5. fareast pada 13 Nov 2009

    Terima kasih atas info.

  6. apiz pada 16 Nov 2009

    dah lama x gne YM… hu hu..

  7. su pada 12 Dec 2009

    tima ksih la gk


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader