YTL Bakal Memperkenalkan Khidmat 4G Tahun Hadapan
Selepas di kenakan saman ke atas kegagalan untuk memperkenalkan servis WiMax mereka, kini YTL Communications Sdn Bhd mengumumkan yang mana mereka akan mula memperkenalkan servis WiMax atau 4G mereka di negara kita menjelang Julai tahun hadapan. Untuk menjayakannya, YTL Com akan memeterai perjanjian bersama beberapa syarikat luar.

YTL Memperkenalkan Rangkaian Inovatif 4GYTL Com dijangka akan memperkenalkan sambungan 4G atau yang mana menjelang tahun hadapan, dimana melaluinya, mereka berharap akan dapat mengubah Malaysia kepada suatu pusat rangkaian yang paling inovatif. YTL Com dijangka akan menyediakan sambungan internet WiMax paling pantas di dunia, dimana untuk menjayakannya, mereka akan melabur lebih RM2.5 billion.
YTL Com mengatakan yang mana, kebanyakkan operator yang menyediakan WiMax masih menggunakan teknologi 802.16d yang mana tidak menyokong servis mudah-alih, dan sebaliknya YTL Com akan mengguna-pakai teknologi 4G WiMax yang membawa sokongan mudah-alih. Untuk menjayakannya, mereka akan bekerjasama beberapa syarikat luar seperti Cisco, Clear dan juga Samsung.

YTL Melancarkan Rangkaian Inovatif 4G [via]Sebelum ini, YTL Com dikenakan saman sebanyak RM1.9 juta kerana kegagalan untuk memperkenalkan WiMax pada tahun ini kepada pasaran. YTL telah pun membuat rayuan, dan masih menunggu maklum balas dari pihak SKMM.
15 Komen
Hoho… Kita tengok dulu….
Nanti mungkin ada iklan baru, “Kamu potong pakai apa? Aiyaa… Pakai tu memang jalan perlahan punya… Nah, potong pakai yang ini….”
4G pon, kalau jalur lebar kat malaysia ni..hampeh..tak kemana jugey..sigh..
so ape aku nak wat dgn hp aku 3.5G ni? takkan buang jer kot?hahaha..
lupe nak mention..YTL ni jugak also produce cement..simin kat umah hang tu aman..huhu..diorang beli syarikat perak hanjoong simen yg penah bekalkan simen utk klcc..leh search that on internet..tak sangka plak aku diorang buat utk internet plak kali ni…YTL cement masih bertapak di Padang Rengas Kuala Kangsar Perak..sekian!
cuba ko google rumah YTL. dasat wooo. tade seni sbb macam stadium. hehe!
bravo…itu baru btol2 ambk pengajaran dgn kesilapan lalu…kene saman,baru dtg inovasi baru. yoshhh
dah kena saman baru reti…
persaingan sehat.. kite gak yg untung.. yeyy
haha, takleh jadi ni. nak kena pakai wimax gak ni. tp area aku ada ke coverage? ades, masalah gak tu.
haha..dah kene ketuk baru nak gerak..adoi..takpe..yang penting kita tgk hasil dia mcmmana..tgk package yang ditawarkan,tgk coverage..kalo hampeh..jgn harap laaa..
YTL tu kira sekali dengan TM.sebab tu boleh tawar seluruh
negara.
ytl ni, guna system macam mana, coverage tempat jauh ke???
hhahaah…..aku pun nak pake lah
ya ytl pake broadbrad atau wimax….and cepat tak conecnya….