11Dec

122 Kediaman Di Uji Dengan Internet Berkelajuan 15Mbps

Lain-lain

Seperti sedia maklum, Belanjawan 2010 menekankan berkenaan jalur lebar, dan kini, TM telah pun dalam fasa pertama pembangunan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang mana telah pun sedia untuk diperkenalkan pada suku tahun pertama 2010 di Bangsar, TTDI, Subang Jaya dan Shah Alam.

Buat masa ini, sebanyak 122 buah kediaman di sekitar Bangsar, Taman Tun Dr. Ismail, Subang Jaya dan Shah Alam terlibat dalam fasa percubaan jalur lebar berkelajuan tinggi ini, sebelum ianya ditawarkan kepada lebih ramai pengguna dalam masa terdekat ini. TM menjangkakan yang mana mereka akan menyelesaikan kesemua kerja menaik-taraf fizikal ini menjelang akhir tahun hadapan, membolehkan kesemua pengguna mengikuti dan menggunakan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Sehingga kini, difahamkan yang mana TM telah pun bersedia dan telah memasang infrastuktur persediaan yang diperlukan untuk jalur lebar berkelajuan tinggi ini yang mana boleh menyokong sehingga 143,000 premis dan kediaman. Mereka turut mensasarkan untuk mencapai angka 150,000 menjelang akhir tahun ini. Berdasarkan kelengkapan fasa pertama projek jalur lebar negara, TM menjangkakan yang mana kira-kira 1.3 juta premis dan kediaman akan dapat mengakses jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) menjelang tahun 2012.

Di fahamkan, sebanyak 122 kediaman yang terlibat dalam fasa ujian ini sedang menikmati sambungan internet berkelajuan sehingga 15Mbps, yang mana didatangkan bersama-sama dengan pakej Suara, Video dan Data, yang mana harga perkhidmatan ini akan diumumkan dalam masa terdekat ini oleh TM.

HSBB menjanjikan kelajuan akses rangkaian yang lebih pantas dari kelajuan terpantas Jalur Lebar untuk Masyarakat Umum yang kini ditawarkan pada kelajuan sehingga 4Mbps oleh perkhidmatan sedia ada TM, Streamyx.

HSBB juga mensasarkan prestasi rangkaian yang menyeluruh dan unggul, termasuk lebar jalur antarabangsa – berdasarkan pelaburan TM dalam pelbagai sambungan dasar laut, termasuk rangkaian kabel Asia-America Gateway, yang baru diaktifkan pada 10 November 2009. [Bernama]


Adakah IPTV TM Bakal Guna Jenama HyppTV?
Akta Liabiliti ISP Akan Di Bentangkan
Sebanyak 14.8% Pelayaran Internet Melalui Telefon Bimbit Di Malaysia
Kedai Makan Dengan WiFi Akan Dikuatkuasakan Bermula April 2012
Minggu Media Sosial 2012 Bakal Diadakan Di Malaysia Bermula 13 Februari

17 Komen

  1. Roslan Nazri pada 11 Dec 2009

    kalau 300 sebulan mau bengkok kapla otak…haha

  2. whiztech pada 11 Dec 2009

    zzzz.. kalau bandwidth international slow buat apa.. lainlah kalau local content banyak.. huhuhu..

    • Jayce pada 12 Dec 2009

      Ya ya… No use if like that. I surf US website more.

  3. Anarm pada 11 Dec 2009

    mungkin harga pn high speed je kt bil.. :p

  4. Khai pada 11 Dec 2009

    Bila la internet malaysia RM77 = 4mbps.. itu pun dah cukup buat org sayang streamyx lebih…. p1 menangis.. hehe

    • xflixz pada 11 Dec 2009

      sokong!!!!haha..1mbps pun skang rm110 lagi..kalo 15mbps mesti lah beratus2..ye tak..huhu…x guna gak laju2 orang x mampu… :( :(

  5. sankai pada 11 Dec 2009

    kalu 15mbp/s tapi takat bukak email jer wat aper…
    torrent takbleh, rapidshare takbleh..

    bagi guna dialup utk bukak email…

  6. Kay_amx pada 11 Dec 2009

    kalau la speed sampai 15mbps.. nak menorrent x boleh, nak download RS x leyh (org cakap RS premium kat malaysia pown kat screamyx 10kbps).. nie dah kira nak potong nie

    • faiq pada 28 Dec 2009

      yeke? aku 1 mbps streamyx rs free pon bleh sampai 150 kbps

  7. nazkam pada 11 Dec 2009

    betol tu. Kalau stakat bukak emel and tgk utube je 1 mbps pun dah cukup makan. Kalau 15 mbps untuk semua download 300 pun aku nak. hahahaha

  8. Richie pada 11 Dec 2009

    harap2.. rm77 untuk 4mb diusulkan.. he3

  9. Zairi Zaidi pada 11 Dec 2009

    !5mbps?

    Kat oversea ada lagi dahsyat

  10. knightblogger pada 12 Dec 2009

    kita tunggu dan lihat ajela dulu..

  11. mohdisa pada 12 Dec 2009

    haha, tgu dan lihat sahajalah. agak2 bilalah boleh siap keseluruhannya.

  12. soulblade pada 15 Dec 2009

    lagi best kalau dorang buat 2 package, satu 15mbps untuk local bandwidth aje (lagi murah) dan lagi satu 15mbps untuk international bw (lagi mahal).

    kalau local je dah 15mbps, aku rasa sedap ar nak transfer between member2. time tu bole la buat local content.

  13. salam pada 14 Mar 2010

    Buat apa belanja sampai 11 bilion kalau hbsb ni orang tak mampu nak guna

  14. aji pada 27 Mar 2010

    mahal2!! bagi turun harga streamyx skang la.. cekik darah betul


Tinggalkan Komen Anda