Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Umum sedia ketahui yang mana Malaysia mensasarkan untuk mencapai penempusan jalur lebar bagi isi rumah sebanyak 50% menjelang akhir tahun 2010, dan menariknya, angka penembusan jalur lebar bagi isi rumah untuk tahun 2009 memperlihatkan sebanyak 31.4%.
Angka 31.4% yang diperlihatkan itu, merupakan lebih 1.4% daripada yang disasarkan untuk tahun ini, iaitu 30%, dan kini, hanya lebih kurang 18.6% sahaja diperlukan lagi untuk merealisasikan perkara tersebut.
Ini sekaligus memperlihatkan berkemungkinan besar, angka pada penghujung tahun 2010 kelak akan melebihi sasaran. Pada masa yang sama, sasaran penembusan jalur lebar bagi negeri Sabah adalah 30 peratus menjelang penghujung tahun 2010, tetapi buat masa ini, hanya kira-kira lebih kurang 11 peratus.
Untuk merapatkan jurang digital antara penduduk Sabah, kerajaan memperuntukan sebanyak RM383 juta yang mana meliputi perluasan liputan selular bagi 212 menara, perpustakaan jalur lebar, dan pelbagai perkara berkaitan lagi.
Kini, setiap penyedia sambungan internet bersaing antara satu sama lain dalam membawakan servis terbaik mereka kepada para pengguna, dimana TM sedang berusaha keras dalam memperkenalkan HSBB, manakal Maxis sedang dalam proses memperkenalkan HSPA+, selain P1 Wimax dan juga penyedia WiMax yang lain sedang memperluaskan kawasan liputan mereka.
18 Komen
Tinggalkan Komen Anda
sweet! ~9 juta manusia kat Malaysia ni dah ade internet.. kalau boleh tap even 1% dr jumlah tu setiap hari, mmg epik!
good news…
arap2 celcom nnt akan mudah dpt HSDPA utk sume tpt..huhu
Makin ada internet dirumah.
aku doakan p1w1max lebih pantas mengupgrade liputan diorang!!!
geram aku. slow sgt! kat tempat aku ni. damansara ye
bagus. bagus. cuma aku harap lebih laju dan lebih unlimited..
patut la lembap semacam berukband ni…rupanya ramai user la….x dpt tampung oleh celcom ngan maxis…
Harap tahun depan ramai provider. Ramai provider ramai pesaing. Biar market tepu macam network telefon bimbit. Bila tepu user untung. Service boleh dapat murah.
huh..harap pas nie..kadar internet diturunkan..pastu kelajuan bertambah..huhuhu
Persaingan yang bagus untuk pengune2 di malaysia. Facility ternet skang mmg xmampu nak tampung jumlah penggune kat malaysia nie. Aku gune celcom brdband, waktu pagi2 cmni je line laju, sbb xramai orang online. klu time siang cam hampes.. terkedek2 nk load page.
Wahaha… Bagus…
makin maju, makin bersaing, makin sihat kalau begini. streamyx pun tak ada masalah even guna torrent masih mantap kelajuan yg diberikan. cayok!
Salam…
Aku suka.. aku suka.. tapi yang paling aku suka kalau diorang announce kadar charge diturunkan…
31 % – Angka penembusan jalur lebar Malaysia
99 % – Angka yg tak puas hati dgn jalur lebar Malaysia
70% semestinya pelanggan Celcom Broadband haha…
Harap2 macam tulah.bosan je sangat lembap.
internet di Malaysia ni masih lagi kurang memuaskan
hati aku.tak semua kawasan dapat rasa kelajuan
yang dijanjikan.
ble 4mb stimix nak masok kat tempat aku nih..zzz
harap-harap tiada lagi bandwith limit for wimax