28Dec

Apple Bakal Memperkenalkan PC Tablet?

Apple

Sepanjang minggu lepas, ura-ura berkaitan dengan tablet PC daripada Apple mula bertiup kencang kembali. Kini, hampir satu demi satu perkara yang diketahui satu demi satu, dari pada nama yang dijangkakan bagi tablet Apple tersebut, hinggalah beberapa spesifikasi untuk tablet PC daripada Apple itu.

Jadi apakah ianya akan dipanggil? Buat masa ini, pelbagai pihak mengatakan ianya kelak akan dipanggil sebagai Apple Slate. Apple telah pun mendaftarkan hak cipta bagi nama Slate, selain memiliki nama domain iSlate.com buat masa ini. Pada masa yang sama, mereka juga telah mendaftarkan nama Magic Slate. Pada masa yang sama, TabletMac juga didaftarkan oleh Apple buat masa ini, namun begitu, Slate tetap menjadi jangkaan ramai buat masa ini.

Spesifikasi yang diketahui buat masa ini juga agak samar-samar. Hari ini, dikatakan yang mana Innolux akan menyediakan panel untuk tablet daripada Apple ini, Ianya dikatakan tablet ini kelak akan seluas 10.6-inch, namun terdapat juga beberapa ura-ura mengatakan yang mana ianya seluas 7-inch dan juga 9.7-inch.

Beberapa pihak turut mengatakan yang mana Tablet daripada Apple ini akan menggunakan sistem operasi hybrid antara Mac OS dan juga iPhone OS. Namun masih tiada sebarang berita rasmi daripada pihak Apple buat masa ini.

Tablet Apple ini yang mulanya dijangkakan untuk diperkenalkan pada bulan Septembet atau Oktober tahun ini, kini dikatakan akan diperkenalkan pada awal tahun depan, iaitu pada bulan Januari 2010. Sama-sama kita nantikannya.


Mac OS X Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru
Generasi iPhone Seterusnya Di Panggil iPhone HD?
iPad 2 Bakal Di Umumkan Pada 9 Februari?
Infografik : Adakah Anda Mempunyai Sindrom Apple FanBoy?
Lebih 16 Billion Lagu Telah Dimuat-Turun Melalui iTunes

9 Komen

  1. hanep pada 28 Dec 2009

    cun gak..

  2. finalcross pada 28 Dec 2009

    simple & elegent. Nice!

  3. abrablog pada 28 Dec 2009

    erk..lawa. kiut. tapi aku takut cepat rosak aje nih..nipis ke tak ni?

    • OAP pada 31 Dec 2009

      jgn risau, apple yg ori susah cket nk rosak…

  4. paeh pada 28 Dec 2009

    apple sentiasa dgn ciri2 yg hebatnya. wah wah…

  5. hilmi pada 28 Dec 2009

    wooahhh… cambest je.. mesti beriban-riban ni

  6. zuwairiaiman pada 29 Dec 2009

    menarik. x sabar nk tengok teknology yang di tawarkan

  7. mesticun pada 29 Dec 2009

    Harga tak bagi tahu pula.

  8. bloginformasi pada 05 Jan 2010

    Ada third party yang offer customization untuk sesiapa yang berminat convert macbook ke tablet pc. Kalau apple tablet dah keluar nanti maybe diaorang terpaksa tutup kedai.


Tinggalkan Komen Anda