11Dec

Astro Byond – HDTV Pada Tambahan RM20 Sebulan

Lain-lain

Astro hari ini, telah pun melancarkan Astro Byond perkhidmatan televisyen berbayar definisi tinggi atau yang mana turut dikenali sebagai HDTV di Malaysia. Untuk menikmatinya, anda hanya perlu membayar tambahan RM20 sebulan, dan anda akan mendapat dekoder serba baru yang menyokong HDTV.

Saluran HD yang akan ditayangkan adalah dalam bentuk 1080i, tetapi buat masa ini, belum semua saluran yang disokong dalam bentuk HDTV lagi. Untuk fasa pertama, hanya beberapa saluran utama sahaja yang akan disokong dalam bentuk HD, iaitu saluran sukan, dokumentari dan filem. Saluran lain dijangka akan disokong secara berperingkat.

Sempena pelancarannya hari ini, saluran National Geographic dan juga ESPN sudah pun boleh ditonton dalam bentuk HD. Saluran-saluran rancangan tempatan dijangka akan disokong dalam bentuk HD pada fasa kedua kelak. Untuk melancarkan perkhidmatan ini sahaja, Astro mengeluarkan kos sebanyak RM200 juta, dan kira-kira RM150 juta dalam bentuk pemasaran dan kendalian.

HDTV adalah sistem penyiaran televisyen digital dengan resolusi yang lebih tinggi daripada sistem televisyen tradisional.


Kini Anda Boleh Menyemak Domain .my Melalui SMS
Undilah - Projek Komuniti Terbaru Pete Teo Bakal Dilancarkan 16 September
Software Freedom Day 2011 KL Bakal Diadakan 21 September Ini
Penggunaan Media Sosial Dan Peranti Mudah-Alih Di Malaysia Semakin Meningkat
HackWeekend Kedua Kembali Pada 10 Disember Kelak - Pendaftaran Dibuka Sekarang

34 Komen

  1. Dakjaat pada 11 Dec 2009

    maknanya kena tukar tv la jugak? :p kalau dorang dah buat pembaharuan seperti ni ..maknanya dalam beberapa bulan yang akan datang mungkin hujung tahun depan, astro akan mengarahkan semua pelanggannya menukar decoder…?

    • ejam pada 11 Dec 2009

      mcm biasa dgn kaedah “paksa rela” spt kenaikan bil mereka sebelum nie…

  2. mohdisa pada 12 Dec 2009

    huhu, tak mampu kot. tgk apa yg ada sudah la. :)

  3. mesticun pada 13 Dec 2009

    bagi murah je cukuplah.tiada persaing pula tu.
    sudah berapa tahun Astro monopoli.

  4. mizan pada 25 Dec 2009

    masalahnya,berbaloi kah dgn membayar additional RM 20 sebulan utk menonton full HD 1080i sekadar 3 atau 4 channel je? Lets say..jika siaran tv 3 atau siaran yg dlm bahasa malaysia dpt di tonton dlm definisi tinggi upscale 1080i ok la juga..masih berfaedah..pendapat sya lah..

  5. rooney pada 28 Dec 2009

    aku suka b yond ni tapi kenapa sampai rm20 ibulan.kalau rm 5 hari ni jugak aku beli

  6. Uncle_X pada 28 Dec 2009

    Terpulang kepada individu masing-masing. Jika orang macam saya yang mementingkan kualiti gambar dan bunyi, memang berbaloi RM20 tu. Terutama sekali channel sukan spt Astro SuperSport HD, ESPN HD dan juga saluran lain spt HBO HD, National Geographic Channel HD and HISTORY HD. Jadi EPL dan Piala Dunia 2010 nanti boleh ditonton dlm full HD. Movie pulak mmg syok giler. Kualiti macam blu-ray. fuuhh berbaloi baloi…. tak rugi lah saya beli plasma tv 42′ yg hdmi ready. Kalau tengok channel biasa tu memang macam tengok VCD atau DVD biasa jer lah.

  7. irwan pada 29 Dec 2009

    astro nie x abis nak sembelih rakyat m’sia jer….. udah2 lah tue…
    untung berjuta-2 dah… apa lagi astro mau nie…

  8. Uncle_X pada 29 Dec 2009

    Saya rasa tak ada yg kena hukum sebab tak melanggan Astro setakat ini. Tak ada paksaan. Kehadiran Byond ni memang saya tunggu-tunggu selama ini. Nasib baik ada Astro …… impian untuk menonton siaran tv dlm bentuk HD akhirnya tercapai.

  9. yunus bin musa pada 30 Dec 2009

    bersukur ada astro b. yond gambar cantik saya suka bagimanapun saya tetap pilih astro b.yond

  10. yunus bin musa pada 30 Dec 2009

    yunus kasi astro b. yond 70 bintang

  11. yunus bin musa pada 30 Dec 2009

    siapa yang tak astro b yond tu langgan lah jangan terlambat ok. salam

  12. yunus bin musa pada 30 Dec 2009

    hbo hd ada tak

  13. yunus bin musa pada 30 Dec 2009

    dan juga 100 bintang

  14. yunus bin musa pada 30 Dec 2009

    terima kasih astro b. yond semuga astro b yond kekal lama

  15. ejoy pada 12 Jan 2010

    mmmm oklah tu astro b.youd tu..tambah 20 sebulan..apa pun gambar & suara ok tukan berbaloi…nikan 2010 bukan 2009..negara dah maju beb…MALAYSIA BOLEH..

  16. ejoy pada 12 Jan 2010

    SORRY ASRO B.YOND SALAH TAIPLAHH KAHHHH…

  17. komeng pada 15 Jan 2010

    tak der yg menarik pasal byond…espn hd x der spt dijanjikan…huhhuhu…gambar camtu gak kecuali HD cenel

  18. Allynn pada 21 Jan 2010

    erm…klu baya mahal2 pastu bile time ujan berbaloi tak????
    Byond ke…hdtv ke…time ujan skrin tu biru jugak kan????
    tukar la tv plasma, dekoder serba canggih ke..tetap time ujan astro bermasalah…
    perbaiki yg itu dulu baru dgn pikir nak ngole duit rakyat….

    • ozodd pada 26 Feb 2010

      kalau hujan tu memang begitu.di negara barat juga bila hujan ada gangguan,itulah signal KU band berbanding dengan C band.

  19. jumaad pada 24 Jan 2010

    kalau bayaran RM 20 tu boleh dikurangkan alangkah baiknya saya rasa ramai pelangan akan mempertimbangkannya, tetapi cuba naik kan taraf kualiti pancaran astro, agar kalau musim hujan siaran tak terganggu, sebab ramai pelangan dah komen

  20. shaiful pada 10 Feb 2010

    astro b.yond pemasangan percuma jika anda pulang dekoder lama anda,jika tidak akn di caj rm80.dalam masa terdekat akn tambah lg 5 channel.kualiti HD terbaik dr respon customer.world cup akn disiar kan dlm HD.masa akn dtg semua akn beralih ke astro b.yond.sebarang pertanyaan dan pendaftaran baru sila call 012-2882209.tq

    • syura pada 17 Sep 2010

      saya baru melanggan astro byond dan dikenakan cas pemasangan sebayak rm199. kenapa bukan seperti yang dinyatakan rm80? dan benarkah sudah tiada dekoder biasa yang di sediakan? jadi, terpaksa melanggan byond yg mahal. saya melanggan astro hanya kerana terpaksa kerana jika tidak menggunakan astro, saluran tidak dapat. tambahan pula saya hanya memilih saluran yang asas sahaja, memang tidak berbaloi dengan bayaran tambahan rm20. sila beri penjelasan sebelum saya ingin membuat aduan.

  21. nazrul mohd isha pada 26 Mar 2010

    memang ditunggu2 hdtv selama ni. tapi x disangka plak kena tmbah sampai rm20. kaji la balik harga 2…..

  22. waheeda daud pada 15 Aug 2010

    naoe mahal ngat..da ok da nk 2ka,,
    klu sme gune,,rase da ley reduce harga da..5.00 pun da ok..

  23. zaim pada 23 Aug 2010

    aku rasa , Astro byond ney ok , tpi kalau bru 5 channel jew HDTV , bt la harga tambah RM5 sebulan , bila dah 10-20 channel tu okey la jgak RM 20 , tpi kalaw bole semua bt HD la , RM25 pun okey kalau semuanya HD .
    ;)

  24. asminin pada 12 Oct 2010

    Bayaran bulanan rm20 tu sepanjang hayat ka????????????

  25. ieysha pada 26 Oct 2010

    beyond?????yg biase mcm2 cas!!!!!!!!!!!cas tkar pakej,cas permotongan,da bayar lebih limit pown kne potong gak….!!!

  26. ROSNANI BT HANAFI pada 18 Dec 2010

    dah 1 minggu tukar ke byond,xde gambar,tngh upgrade katanya

  27. ismail ab latif pada 29 Dec 2010

    Astro adalah commercial TV station-pelanggan dikenakan bayaran bagi menonton.
    Mengapa tengah seronok menonton tu ada commercial break- iklan iklan yang amat membosankan. Dulu tak macam bagini.Untng kan dah berjuta2..mengapa masih ada iklan lagi……harap dapat ditiadakan iklan dimasa akan datang

  28. joee pada 01 Jan 2011

    kalu mcm kena pakai parabola .bulanan tak payah byar,seumur hdup pulak tu.ada800 channel
    http://kotabahru.olx.com.my/tv-satelit-sys-parabola-iid-27704387

  29. anony pada 12 Mar 2011

    astro byond ni..dia boleh berhentikan movie nye ke klu kite menonton ?sperti tngok dvd ?

  30. Rasheed pada 10 Oct 2011

    Bagaimana dengan pemasangan Byond di Kuaters BPH Putrajaya, sehingga sekarang masih belum dibenarkan atau saya pasang secara haram. tak ada ke MOU antara pihak ASTRO dengan BPH JPM Putrajaya

  31. pagani pada 20 Nov 2011

    RM 20 tu kira ok la.. lg pun kualiti gambar tu penting.. Baru la layan.. kat umah ni pakai TV LED 42″ FULL HD 1080 tp bila bkak tv je cam tgk cd cetak rompak je.. kn best kalau smua siaran guna HD…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader