25Dec

Bernama Memperkenalkan Khidmat Berita Melalui BlackBerry

Web 2.0

Umum sedia mengetahui yang mana Bernama merupakan penyedia berita utama dalam negara kita, dan terkini, mereka menawarkan suatu khidmat baru, yang membolehkan para pengguna menerima dan membaca menerusi khidmat Blackberry. Menerusi Blackberry, berita dengan lebih kandungan dapat disalurkan berbanding menerusi khidmat pesanan ringkas seperti sedia ada.

Walaubagaimanapun, harga bagi perkhidmatan ini boleh dikatakan agak mahal, iaitu antara RM100 dan RM150 sebulan. Tetapi, oleh kerana ianya ditujukan bagi mereka-mereka yang tiada masa untuk melayari internet, atau sibuk sepanjang hari, perkara ini mungkin menguntungkan dan bersesuaian dengan mereka.

Bernama menjadi yang pertama dalam negara untuk menyediakan khidmat berita terkini kepada para pengguna Blackberry. Ianya masih tidak diketahui bagaimana ianya akan disediakan, samaada dalam bentuk MMS ataupun dalam bentuk aplikasi. Untuk para pengguna BlackBerry, anda boleh menghubungi 03-20504503 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini.


WordPress.com Memperkenalkan Widget Langganan Blog
WordPress 2.9 Membawakan Pelbagai Fungsi Menarik
ImageShack Memperkenalkan Rekabentuk Baru
Twitter Membolehkan Pengguna Menyumbangkan Tenaga Dalam Penterjemaahan
Twitter Memudahkan Para Pemilik Web Mengukur Trafik Dari Twitter Melalui Twitter Web Analytics

6 Komen

  1. azrin pada 25 Dec 2009

    Citer lama tuh.
    pull RSS feed jer ah senang..APP depa tak stable pon

  2. diaien pada 26 Dec 2009

    yap setuju. RSS feed pun dah cukup, free lagipun.
    Ni nak kena bayar, mahal plak tu.
    Pastu berita kena tapis plak tu

  3. khabirann pada 26 Dec 2009

    aol

  4. OAP pada 27 Dec 2009

    bisnes…

  5. aisblogger pada 28 Dec 2009

    kalau dah ada idea business, macam-macam jadi. bagi blogger, kita memang leh dapat dr rss. bagi yang tak tau pasal rss ni, diorang subscribe je..

  6. mesticun pada 29 Dec 2009

    Bagi pengguna BlackBerry je yang boleh guna fungsi ni.
    apa susah sangat.langgan melalui RSS kan senang.


Tinggalkan Komen Anda