17Dec

Cara Mengesan Pengguna Invisible Pada YM

Uncategorized

Kebanyakan pengguna internet seringkali merungut apabila buah hati tercinta seringkali offline dalam YM atau buat-buat offline. Saya seringkali menerima soalan bertubi-tubi macam mana nak tahu adakah seseorang itu offline atau sebaliknya dengan cara yang mudah dan senang.

Caranya mudah sahaja. Berbekalkan dengan aplikasi web pihak ketiga, anda mampu untuk melihat seseorang itu samaada di luar talian atau sengaja meng-invisible-kan diri mereka. Anda hanya perlu letakkan ID pengguna untuk mengetahui status seseorang pengguna itu. Kesemua servis yang akan saya kongsikan ini percuma dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran atau pembayaran.

Y-Detector

ydetector

Y-Detector memeriksa status Yahoo. Berkesan dan selalunya menunjukkan keputusan yang betul.

Status Detect

Status detect ini dikatakan mampu berfungsi dengan baik dan mempunyai antaramuka yang menarik.

Scan YM

ScanYM ini boleh mengesan status YM seseorang, avatar dan sedikit servis yang berguna dan selalunya memaparkan keputusan yang betul.

Y-Status

Selain menunjukkan keputusan yang betul, anda boleh menghantar mesej, melihat profil dan memuat turun avatar melalui Y-Status

Di tulis oleh Kay AMX. Sumber asal dari blog penulis sendiri iaitu MyLife.


Perkembangan Rekabentuk Baru Laman Yahoo!
Tiada Lagi Kawalan Bandwidth Untuk UniFi
88.4% Daripada Pengguna Internet Malaysia Mempunyai Akaun Facebook
Pengguna Malaysia Paling Aktif Menggunakan Rangkaian Sosial Di Asia Tenggara
Yahoo! Mengumumkan Beberapa Kemaskini Untuk Flickr

16 Komen

  1. kay_amx pada 17 Dec 2009

    Alhamdulillah.. post pertama kat Amanz.my

  2. Omar pada 17 Dec 2009

    camana nak antar bahan dekt amanz ni? supaya dapat dipublishkan camni Di tulis oleh Kay AMX. Sumber asal dari blog penulis sendiri iaitu MyLife.

  3. Kay_amx pada 17 Dec 2009

    nak hantar bahan?? bro aman.. explain la..

  4. Qubezo pada 17 Dec 2009

    Haha. Kalau nak hantar bahan blog sendiri mana boleh update sama. Tak special la :P

  5. Hamdi pada 17 Dec 2009

    aku biasa guna http://invisible.ir

  6. Kay_amx pada 17 Dec 2009

    @qubezo: hehe.. kira okeyh la tuh.. kat myLife™, bahasa inggeris.. kat sini, bahasa melayu…

  7. beliamuda pada 17 Dec 2009

    jurublog baru di amanz ke ni? hehe.. betul dah tu explanation pasal ym invi ni.. nak check si dia nya status kat ym.. ngh3

  8. Eriyza pada 17 Dec 2009

    Ada byk web tuk detect member yg menyorok.
    Apa pun, mekaseh penulis baru.

  9. Kay_amx pada 17 Dec 2009

    same2.. hehe

  10. Qubezo pada 17 Dec 2009

    Haha bro gurau je la. Bagus la satu permulaan yang baik. Aku support ko.

  11. mohdisa pada 17 Dec 2009

    haha, menarik ni. nak kena cuba ni. takleh la men nyorok2 lagi yerk. :)

  12. Omar pada 17 Dec 2009

    betul gak eh..nanti hilang kespeselan dah la blog aku guna BM..haha..anyway thanks..rupenya banyak kawan aku yg menyorok…

    http://ideapad.spaces.live.com/
    Blog Informasi Teknologi Maklumat Semasa

  13. mesticun pada 18 Dec 2009

    Si kekasih yang suka menyorok.

  14. FaisalReza pada 20 Dec 2009

    Salam… hahaha.. pasni xleh menyorok lg….. thanks amanz…

    p/s : biasanya aku guna yahoomail pun blh detect… tp dpt info ni lagi mudah la kot

  15. eyfa pada 09 Mar 2010

    add saya k..

  16. ali pada 25 Mar 2010

    x berguna sgt bnda ni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader