06Dec

CatchEye – Masih Tiada Sebarang Perkembangan?

Web 2.0

Ingatkah lagi berkenaan dengan CatchEye yang pernah disebut sebelum ini? Amat mendukacitakan kerana sehingga kini, masih tiada sebarang iklan yang dapat diperlihatkan, selain laman utamanya yang masih belum dikemaskini, di mana masih memaparkan mesej berkenaan acara mereka pada 21 November 2009.

Konsep CatchEye adalah mudah sekali, dimana para pengiklan perlu memuat-naik iklan, dan kemudian memberikan beberapa soalan berkaitan iklan mereka. Seterusnya, melalui pilihan dan tetapan yang dilakukan oleh pengiklan, CatchEye akan memperlihatkan iklan mereka kepada para pengguna yang terpilih, dimana pengguna tersebut dapat membaca dan menjawab soalan yang disediakan. Melaluinya, para pengguna CatchEye mendapat ganjaran tunai dan lain-lain, pada masa yang sama para pengiklan mendapat jawapan kepada soalan mereka.

CatchEye
Dashboard CatchEye Yang Masih Kekal Sama

Walaubagaimanapun, amat mendukacitakan kerana masih tiada sebarang perkara berlaku pada laman tersebut, selain panel dashboard yang masih kekal sama. Buat masa ini, sudah lebih daripada 18,000 pengguna berdaftar di laman berkenaan, selain mereka kini mensasarkan untuk mencapai lebih 20,000 pengguna dalam masa terdekat ini. Mungkin juga kita perlu memberikan mereka sedikit masa untuk mereka memperkenalkan iklan mereka kepada umum.


WordPress.com Memperkenalkan Widget Langganan Blog
Aplikasi Twidroyd Dan UberTwitter Digantung Daripada Akses Twitter
Twitter Memperkenalkan Butang Follow
Aplikasi Facebook Messenger Dikemaskini - Dilancarkan Untuk BlackBerry
Aplikasi iOS Amanz Bakal Dilancarkan - Dijana Oleh Wut2Feed

26 Komen

  1. RotiKaya pada 06 Dec 2009

    18,000 pengguna? wow.. base besar da tu beb kalo nk launch :)

  2. paeh pada 06 Dec 2009

    aku satu network pun xdpt lg… haha

  3. Mr.Bintang pada 06 Dec 2009

    aku baru je 1 utk 1st, 1 utk 2nd ekekek..

  4. amun pada 06 Dec 2009

    xde modal g kot…xpun tggu 2010?
    hahaha

  5. Anarm pada 06 Dec 2009

    aku pnye baru RM1.00.. *sedih*

  6. blinkky pada 07 Dec 2009

    Mungkin lambat sket kot =)

  7. Roslan Nazri pada 07 Dec 2009

    haha tak tau ape pasal..ish3..sgt sedey dgr perkembangan ini

  8. mesticun pada 07 Dec 2009

    Banyak pendaftar 18,000 pengguna tu.sepatutnya ini masa
    untuk mengembangkan lagi syarikat iklan mereka.

  9. radzi pada 07 Dec 2009

    saya ingin membuat pengiklanan di website ini,boleh bagi detail?

  10. Dakjaat pada 07 Dec 2009

    sehingga hari ini aku masih tak nak signup catcheye… sebab apa? dia masih baru .. kenapa nak percaya satu company yang baru yang juga tiada pengalaman? :D

  11. firdee pada 07 Dec 2009

    saya daftar aje sbb takde nak kena bayar ape2 pon…skrg baru rm1.40…

  12. Fatin Pauzi pada 09 Dec 2009

    A’ah. Tak de sebarang perkembangan. Buang masa je pomot. hehe

  13. Khai pada 11 Dec 2009

    aku punya akaun catcheye maybe dah bersarang labah2 kot… isk2…

  14. someone pada 05 Jan 2010

    aku xtau la nk komen bende.tp ada ke orang yg dah dpt duit sbb join bende ni.mcm xcaye gak bende ni tp aku join jgk sbb bnde ni free xkne byr pape pon.

  15. arwin pada 18 Feb 2010

    aku bru jer rm1.20 :(

  16. nina pada 02 Mar 2010

    sy baru register.. tp x bape phm sgt pasal maksud “the Network ID of your referrer”…
    boleh sesape terangkan… tenkiu..♥♥♥

  17. kulinbaek pada 02 Mar 2010

    salam…baru jmpe bisnes ni pagi tadi…n rase cam nh try jekk…lps dftar,kite akan dpt 1000 c.point..
    lps bbrpa mnit join,n invite la pade membe2,tibe2 chek td da tmbah 400 c.point…saje nk try mende nh…join nuffng xbjaya,trfc kt blog kureng..kah3…

    jom join under saya…

    http://www.catcheye.com.my/join/?r=75558

  18. kiroro pada 08 Mar 2010

    saya masih tak percaye la catcheye ni.. agak2 patut tak join??

  19. DaHLia pada 20 Mar 2010

    masih lagi menunggu dia ni menunjukkan kehebatannya selepas NN, Innity dan Advertlets..

  20. ora pada 25 Mar 2010

    mantap da skg nie..ada org da dapat smpai 6K income melalui nie ja..

  21. nooriez pada 04 Apr 2010

    errmm… i baru try smlm.. 1st network dah dpt so point pertama 1,200 dah dpt.. so dpt la rm1.20… its ok for me cause bru sorg daftr n tanpa modal sesen pun.. i just kna tggu anybody daftar under me with this link—>>http://www.catcheye.com.my/?r=91813… so kiter just try.. tak susah pun cause kiter tak korbakn sesen pun.. u all pun bole kan…….

  22. jebat_indie pada 21 Apr 2010

    erm…koang masok catcheye nie da penah apart hadiah pape kewk stakat nie????dapat pewk..klo ade aq un nk join…lol

  23. Mig 29 pada 07 May 2010

    Blh prcaya ke benda nie??mmg dpt duit ker??tak pernah dgr pun…

  24. fize pada 08 May 2010

    http://www.catcheye.com.my/?r=100269

    try jer…bkn kene byr!!

  25. jun pada 08 Jul 2010

    rasanye, akaun catcheye sy da berpuaka. dah tu, sekarg ni xle masuk websitenya. kamu smua cam tu gak ka?

  26. avenged pada 03 Aug 2010

    leh percaya ke benda ni????


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader